Ulitsa Medisinskaya(nama jalan)...
Nizhny Novgorod.....
Winter-break bakal menjelang....
(Exam dah berjaya ditempuhi masa nih)
"Shah jom pergi jumpa abg azli nak??? Mlm ni kat bilik dia," Muizz berkata padaku.
"Betol gak, kiter dah hbs exam, die pn dah habis exam, alang2 blh die brief kat kter psl jaulah nanti," aku menjawab.
Pada malam tersebut( xder lar malam sgt lbh kurang pkl 7 atau 8 tp oleh sbb winter ,mase tu dah gelap gelita), dengan bertemankan suhu di luar yang lebih kurang -20 darjah celcius, kami pun pergilah ke bilik abg azli di hostel 5 yang terletak tidak jauh dari hostel yang kami duduki ( muizz di hostel 3 dan aku pula hostel 1) dengan berpakaian tebal walaupun jarak di antara hostel2 itu hanyalah 200-300 meter sahaja.
"Assalamualaikum bang!!!" kami memberi salam,
"Waalaikumusalam, wah ni first time datang bilik nih, ad apa2 hal ker yang nak dibincangkan??? haa sebelum tuu, exam amcm???" azli menjawab
*Xpe lar persoalan exam x perlu ditulis di sini, yang penting ALHAMDULILLAH semua berjaya melepasinya dengan cemerlang
"Kami datang ni nak dgr briefing sket tentang jaulah first kami nih, nak tau tentang perjalanan ktorang dan persediaan2 lain yang kami kne buat," kami bertanya....lalu kami ternampak 'whiteboard' di biliknya yang telah ditulis dengan rangka2 perjalanan, jumlah perbelanjaan, dan dokumen2 penting yang perlu dibawa......memang tepat pada masanya!!!(bermonolog sendirian)
"Owh lar, mujur saya dah siapkan nih, haa tgk 'whiteboard' nih, saya terangkan kat awak semua,dengar betul2 ok," azli menjawab,
"Pertama sekali, kita akan bertolak dari Nizhny pada malam 25 Januari dengan menaiki bas ke Moskovski Vokzal( Stesen keretapi) untuk ke Moscow,
kemudian kita akan naik flight di Domodedovo Airport di Moscow untuk pergi ke Barcelona tetapi kita akan singgah untuk jangka masa yang lama di Frankfurt(Transit).
Dah smpai Barcelona, 'stay' kat sner 2 hari jalan2 , kemudian kita akan naik flight ke Granada.
Selepas Granada kita akan bertolak menaiki bas ke Cordoba.
Kemudian dah habis jln2 kat Andalusia(Spain), kita akan ke Madrid pulak untuk berlepas ke Paris, France. Di sana akan ada orang sambut kita untuk pergi ke Bescancon dengan menaiki tren. Dan kter akan ada program di Bescancon bersama pelajar2 Russia lain. Habis je program, kite akan kembali ke Paris, 'stay' kat sne, shopping souvenir dan lepas berlepas pulang ke Moscow, kemudiaannya naik flight balik Nizhny dan esoknyer kelas 'start'...kekeke" Azli menerangkan kepada kami tentang perjalanan yang akan kami hadapi,
"Duit dalam dompet xpyh bwk byk sgt, bawa lar US dollar kalau ada, sbb nnt senang nak tukar kat negara lain atau bawa euro lagi baik, dokumen2 penting jangan lupa, passport, visa, imigration card, dan ticket flight, semua tu penting jangan lupa tau," Azli menambah,
Wah, lepas jer dengar terus x sabar2 nak bertolak, ni yang buat lagi semangat ni, macam rasa nak terus mengemas jek malam tu....kekeke... x sabar nak tgk rupe negara orang lain( bahasa kampung). Selepas habis penerangan, kami meminta diri untuk pulang.....pulang dengan hati yang berdegup kencang, tidak sabar untuk pergi mengembara di bumi asing, pemikiran kami pula sentiasa melayang-layang memikirkan apakah cabaran yang bakal kami hadapi di luar sana, apakah masalah yang bakal kami hadapi.....namun semua itu kami yakin kami dapat tempuhi dengan keyakinan kami kepada firmas Allah ini :
"Dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara." (33:3)
Cukuplah Allah sebagai Pemelihara kami, dan cukuplah dia sebagai Pelindung kami, apa2 sahaja yang akan berlaku ke atas diri kami......kami tahu bahawa itulah yang terbaik bagi kami...
Allah, Engkau Maha Mengetahui.....Engkau tahu apa yang kami tidak tahu.... Segala urusan hidup dan mati kami, kami serahkan kepada yang Maha Mengetahui.... Everything must begin from You, Allah S.W.T
Sekian^^, 'post' seterusnya akan menceritakan tentang permulaan jaulah sulungku, episod 1:
And the journey begins...

0 comments:
Post a Comment