"Katakanlah (Muhammad),"Berjalanlah kamu di bumi, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa." (27:69)
- NB!!!Perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.......itulah yang di'tekan'kan, itulah yang di'stress'kan dan itulah yang dititikberatkan oleh Allah S.W.T sewaktu kita berjalan tidak kira samada di tanah air sendiri mahupun di bumi asing kerana.... kesudahan bagi orang-orang yang berdosa itu akan menjadi.... samada kesudahan bagi diri kita(naudzubillah) ataupun akan menjadi pengajaran bagi diri kita....maka perhatikanlah!!!
8.30 pm, Ulitsa Medisinskaya, Nizhny Novgorod, Russia.....
"Ingat!!! Kita akan bertolak dari hostel dalam lebih kurang pukul 9 malam untuk ke Moskovski Vokzal (Stesen keretapi di Nizhny), so get ready by that time," itula pesan azli kepada kami ketika menziarahinya tempoh hari di biliknya.
Pada waktu yang tertera di atas aku sedang berada di dalam bilik muizz (di hostel 3) untuk meninjau keadaan dia sedang mengemas dan bersiap2 untuk bertolak pada malam ini. Amir dan Apo pulan sedang berada di dalam bilik masing2, juga sedang sibuk 'packing' barang2. Aku???!!! kekeke....aku memang dah siap 'packing' waktu ini(x sbar2 rr katakan) sebab tu lar ak bercadang untuk singgah di hostel 3 terlebih dahulu kerana nanti senang bagi kami berempat (pelajar2 first year) untuk berkumpul di sana dan sama2 bergerak ke hostel 5 untuk berjumpa dengan Azli dan juga Hafiz.....
Selepas semua telah siap mengemas, kami berempat berkumpul di lobi hostel 3 untuk memastikan bahawa semua dokumen penting dan ticket flight samada telah dibawa ataupun tidak.
Passport check!!! Visa check!!! Immigration card check!!! Ticket ada!!!....yeahhh, we're ready to go!!! Selepas itu, kami pun berjalan kaki untuk ke hostel 5(suhu -20) untuk berjumpa dengan Azli dan juga Hafiz di sana. Sesudah sahaja smpai di hostel 5, kami disambut dengan 2 orang senior kami tersebut di lobi hostel. Mereka telahpun siap mengemas dan sedang menunggu ketibaan kami. Mak guard hostel tersebut gembira melihat kami, pemuda2 gagah berani, menempuh musim salju yang sejuk ini untuk pergi mengembara di negara2 asing(padahal negara yang kami nk pergi lagi 'suam' dari Russia), haha...ap2 pun tujuan kami bukanlah nak mencari ke'suam'an di negeri orang lain. Dan terima kasih juga diucapkan kepada mak guard tersebut kerana memberikan kami sepatah dua nasihat buat bekalan sepanjang perjalanan (golongan2 mak cik kat Russia memang ramah berbanding golongan2 warga russia yang lainSebelum kami memulakan perjalanan, Azli mengingatkan kami kembali tentang 'niat' yang akan kami semua pasang di hati kami sepanjang perjalanan. Dia mengingat kami supaya memasang niat yang benar dan betul iaitu kerana Allah S.W.tsepanjang jalan bukan sahaja di permulaan jalan sahaja kerana tujuan kita berjalan bukanlah untuk enjoy2, bukanlah untuk mencuci mata, bukanlah untuk membazir duit memuaskan nafsu materialistik.... bahkan bukanlah untuk merehatkan minda yang penat setelah berlangsungnya peperiksaan....tetapi...tujuan kita(termasuk lar yang membaca ini) adalah untuk menyahut seruan Allah azza wa jalla di dalam Quran, itulah tujuan kita!!!
Selepas itu, Azli pun memimpin bacaan doa dan kami pun bertolak ke 'bus stop' tidak jauh terletaknya dari hostel 5. Di sana kami menunggu bas no.43 untuk pergi ke Moskovskii Vokzal. Alhumdillah bas sampai dengan cepat, lalu kami pun terus menaiki bas tersebut. Di dalamnya tidak ramai penumpang mungkin kerana jam sudahpun menunjukkan pukul 9.30 pm. Oleh sebab itu, tidak lar kami segan2 untuk berdiri di dalam bas dengan diri masing2 menggalas travelling bas yang besar2 dan berat ni.
Selepas itu, Azli pun memimpin bacaan doa dan kami pun bertolak ke 'bus stop' tidak jauh terletaknya dari hostel 5. Di sana kami menunggu bas no.43 untuk pergi ke Moskovskii Vokzal. Alhumdillah bas sampai dengan cepat, lalu kami pun terus menaiki bas tersebut. Di dalamnya tidak ramai penumpang mungkin kerana jam sudahpun menunjukkan pukul 9.30 pm. Oleh sebab itu, tidak lar kami segan2 untuk berdiri di dalam bas dengan diri masing2 menggalas travelling bas yang besar2 dan berat ni.
Gambarku ketika menaiki bas no. 43, suasana yang lengang...
Sampai sahaja di Vokzal, aku dan rakan2 'first year'ku yang lain berasa kagum melihat keindahan dan kecantikan Vokzal pada waktu malam (baru first time tiba kat sner). Train kami ke Moscow akan tiba jam 11 pm, jadi sementara menunggu tren tiba kami pun duduk di tempat menunggu penumpang sambil menonton TV( xphm pn rancangan lawak russia yang disiarkan di TV waktu tu).
Masa berlalu dengan pantas, tren kami ke Moscow telahpun tiba di Nizhny. Oleh itu, tanpa membuang masa, dengan adrenalin yang kami ada pada waktu itu, kami pun bergegas berlari anak ke landasan tersebut. Tren yang akan kami naiki sangat panjang dan akhirnya kami terpaksa berlari menuju ke hadapan kerana tempat duduk kami berada di coach hadapan. Memang suatu pengalaman yang tidak akan ku lupakan kerana pada waktu itu suhu di luar amatlah sejuk, ditambah pula dengan landasan keretapi tersebut tidak berbumbung oleh itu lantainya dipenuhi dengan salji dan kami pula terpaksa berlari di lantai bersalju itu dengan menggalas beg yang berat di belakang. (Pengalaman yang manis^^)
Sesudah itu, kami pun menaiki coach itu dan mengambil tempat duduk masing,tren itu memang direka khas untuk perjalanan yang jauh oleh itu, setiap seorang mendapat satu katil. Suasana di dalam tren agak sesak dan sempit kerana dipenuhi dengan penumpang2 dari pelbagai tempat, kebanyakan mereka sedang tidur kerana kepenatan perjalanan yang agak memakan masa untuk ke Moscow. Aku pula mendapat katil atas dan katil di bawahku ialah tempat Amir. Di hadapan kami ialah 'seat'(seat itu boleh ditukar menjadi katil apabila perlu) 4 orang Russia(1 orang sedang tidur dan 3 orang lagi sedang minum2 dan bersembang). Salah satu keistimewaan orang Russia ialah apabila mereka sedang mabuk, mereka akan menjadi lebih mesra. Jadi pada waktu malam tersebut, aku dan Amir pun bersembang dengan mereka, bertanyakan bagaimana pelajaran, kehidupan di sini dan sebagainya. Aku pun mula terfikir kalaulah tiap2 hari aku boleh berbahasa Russia seperti ini maka bolehlah aku menguasai bahasa mereka nanti....haha. Selepas itu, mereka mengajak kami berdua untuk minum bersama2 mereka, lalu kami menolak dengan senyuman dan memberikan alasan bahawa kami Muslim dan 'haram' bagi kami untuk minum arak lagipun ia akan menjejaskan kesihatan. Mereka membalas senyuman kami dan menghormati pendirian kami dalam beragama. Itulah yang senantiasa terjadi apabila kita cuba untuk menegakkan pendirian beragama kita....orang lain akan memberi 'respect' kepada kita. Oleh itu, usahlah takut dan malu tidak bertempat untuk menyatakan bahawa kita ialah orang Islam dan kami tidak segan dengan itu...
Sudah penat bersembang akhirnya kami pun tertido juga di atas katil2 yang empuk itu. Sebelum tidur, aku cuba untuk melihat bagaimanakah keadaan pemandangan di luar keretapi pada musim winter ini. Subhanallah, cantiknya!!! Hutan2 di luar semuanya berlantaikan salji dan diterangi pula dengan cahaya bulan, pemandangan itu sungguh mengasyikkan dan ketika melalui kawasan perkampungan, suasana lorong2 di tepi jalan yang berlantaikan salji sambil diterangi dengan lampu2 neon putih itu sudah cukup untuk menyatakan kepadaku bahawa suasana malam di luar sana sungguh tenang. Lalu, aku pun tertidur...kepenatan....
Berikut adalah gambar2 ketika kami dalam perjalanan untuk ke Moscow.....
Katil penumpang yang disediakan dalam tren menuju ke Moscow
4 orang Russia yang sedang menikmati 'breakfast di hadapan
Suasana pada waktu pagi 'winter' di Moscow.....
Next Episode: Moskva(Moscow)....^^
0 comments:
Post a Comment