Tupp!!! Lampu gerabak dipasang, suasana menjadi terang di dalam gerabak. Aduh, susahnya nak buka mata ni, mungkin kerana semalam ak tidur lewat. Aku pun cuba menggagahkan diri aku untuk bangun, lalu aku melihat bahawa penumpang2 lain telahpun siap duduk dan menikmati 'breakfast' mereka di tempat duduk masing2. Azli dan Muizz pun telah siap bangun, manakala Amiir masih tidur nyenyak di katilnya. Hafiz dan Apo, aku tidak pasti pada waktu itu, samada mereka telah bangun ataupun tidak kerana tempat duduk mereka agak jauh dari kami berempat.
Jam di 'handphone' menunjukkan pukul 5.30 pagi, dan tren kami sudah berada di dalam kawasan Moscow dan hampir tiba ke destinasinya. Namun begitu, suasana di luar masih lagi gelap-gelita seperti malam hari(disebabkan winter siang lambat). Persoalan pertama yang masuk ke minda kami setelah bangkit daripada tidur ialah......hmmmm, mana nak solat subuh nih?????!!!!!
Tentang waktu solat di Moscow, kami telahpun diberitahu oleh rakan2 kami di Moscow(lebih kurang Nizhny jer, pukul 8 pagi habiss). Untuk memudahkan kami untuk solat kemudian, kami pun mengambil wuduk siap2 di dalam tandas gerabak supaya tiba di Moscow nanti, tak perlulah untuk kami mencari sumber air lagi.
Tren tersebut tiba di Moscow lebih kurang jam 6 pagi. Setelah sampai, tanpa berlengah lagi dan diri masing2 telah lengkap berwuduk, kami pun menggalas beg masing2 dan keluar daripada gerabak. Suasana di luar masih gelap dan suhu persekitaran juga boleh dikatakan sangat sejuk(-20 darjah celcius). Inilah kali kedua aku tiba di Moscow setelah mula2 'fly' tempoh hari. Walaupun masih pukul 6 pagi, stesen keretapi di Moscow itu sudahpun penuh dengan teksi2, peniaga2 dan penumpang2 lain yang masing2 sibuk dengan urusan masing2 pada waktu itu. Pemandu2 teksi sibuk mencari penumpang, peniaga2 sibuk menjaga gerai masing2 dan penumpang2 pula sibuk menunggu ketibaan tren.Matlamat kami pula pada ketika itu ialah mencari stesen metro(subway) untuk pergi ke stesen seterusnya iaitu stesen keretapi(terlupa namanya, minta maaf) untuk ke lapangan terbang 'Domodedovo'. Kami pun merayau2 dii sekitar kawasan itu dalam keadaan yang sejuk untuk mencari stesen metro tersebut. Setelah menjumpainya, kami pun membeli tiket dan bersedia untuk ke stesen seterusnya.
sedang membaca suratkhabar dengan memakai topi bulu
Russia
Stesen seterusnya itu boleh diumpakan seperti KL Sentral kalau di Malaysia kerana di situ disediakan perkhidmatan keretapi untuk ke lapangan terbang 'Domodedovo' (kalau di Malaysia ke KLIA). Kami sampai di situ lebih kurang 10-15 minit lagi nak pukul 7 pagi. Waktu solat semakin suntuk.....kami harus segera mencari ruang kosong di sana untuk menunaikan solat....
Stesen seterusnya itu boleh diumpakan seperti KL Sentral kalau di Malaysia kerana di situ disediakan perkhidmatan keretapi untuk ke lapangan terbang 'Domodedovo' (kalau di Malaysia ke KLIA). Kami sampai di situ lebih kurang 10-15 minit lagi nak pukul 7 pagi. Waktu solat semakin suntuk.....kami harus segera mencari ruang kosong di sana untuk menunaikan solat....
tertinggi di Europe
Di stesen tersebut, dalam perjalanan kami hendak ke tempat duduk menunggu penumpang, kami pun ternampak ruang kosong yang rasa2nya itu sahaja ruang kosong yang ada di situ supaya kami boleh menunaikan solat subuh. Ruang kosong tersebut berada berdekatan dengan ruang peniaga dan tidak jauh dari tandas. Amat sesuai, tidak ramai sangat orang lalu-lalang di situ ketika itu, cuma risaukan 'pak guard' yang meronda saja lar, takut2 dia salah faham....arrgghhh peduli apa!!! Solat lagi penting...Allah ada buat ap risau....tawakal2...
Di stesen tersebut, dalam perjalanan kami hendak ke tempat duduk menunggu penumpang, kami pun ternampak ruang kosong yang rasa2nya itu sahaja ruang kosong yang ada di situ supaya kami boleh menunaikan solat subuh. Ruang kosong tersebut berada berdekatan dengan ruang peniaga dan tidak jauh dari tandas. Amat sesuai, tidak ramai sangat orang lalu-lalang di situ ketika itu, cuma risaukan 'pak guard' yang meronda saja lar, takut2 dia salah faham....arrgghhh peduli apa!!! Solat lagi penting...Allah ada buat ap risau....tawakal2...
Jadi kami pun dibahagikan kepada 2 kumpulan....solat bergilir2, satu kumpulan tunggu di tempat menunggu para penumpang dan satu kumpulan lagi pergi menunaikan solat. Hal ini bagi mengelakkan terlampau ramai orang ketika menunaikan solat secara berjamaah kerana dikhuatiri mengundang perhatian orang ramai terhadap jemaah tersebut dan seterusnya akan mengundang masalah besar. Mungkin ada yang tertanya2, kenapa tidak solat secara individu??? Boleh solat, tetapi pada waktu ini keadaan tidaklah susah sangat dan keadaan mengizinkan kami untuk solat secara berjemaah walaupun orang lain mungkin nampak perbuatan kami. Kalau keadaan tidak mengizinkan, mungkin kami akan solat secara individu ataupun solat duduk, tetapi kami memilih....selagi keadaan mengizinkan kami akan melakukan amal ibadat yang lebih besar pahalanya. Kesimpulannya selagi mana anda senang dan berkemampuan, pergilah menunaikan solat berjemaah di Masjid(khusus kepada pembaca laki2)....Firman ALlah s.w.t; maksudnya:-
"Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu."(An-Nisaa 102)
NB!!!!Ayat itu menerangkan cara mengerjakan solat berjemaah di dalam keadaan perang. Jikalau di dalam keadaan perang atau darurat pun masih dijuga disuruh berjemaah, bererti dalam keadaan aman lebih digalakkan lagi.
Setelah selessai solat, kami menggunakan masa yang ada untuk berehat....letih jugak semalam, sebab tak cukup tidur....
Tren untuk ke 'airport' telah tiba tidak lama kemudian, kami pun bergegas naik ke atas(tempat menunggunya di bawah tanah) untuk ke landasannya. Kali ini penumpangnya tidak ramai macam semalam, dan tren yang disediakan untuk ke 'airport' kelihatan sungguh cantik dan sangat luas di dalamnya....haha tetapi suhu di luar masih sama macam semalam. Kami pun menunggu untuk pintu gerabak itu dibuka dalam keadaan kesejukan.
Pintu dibuka lalu kami pun masuk, di dalamnya sungguh luas ditambah pula dengan suasana tidak ramai penumpang.....jadi tidak perlulah untuk kami segan2 bersembang dengan suara yang kuat ketika di dalam tren. Selepas kami pun menjamu selera di dalam tren tersebut. Kami pun makan pagi ramai, bekalan makanan disediakan oleh Amir dan Muizz dan juga Kak Imah....hehe kenyang dan free.....siap ada cheese lagi tu, Amir yang buat.....
Pemandangan 'airport' Domodedovo, Moscow dari jauh....
Apabila kami semua sampai di 'airport' Domodedovo, kami(pelajar2 1st year) agak tergamam melihat 'airport' tersebut kerana kecantikan, kemodenan dan keindahan struktur binaannya, amat berbeza sekali dengan 'airport' Sheremyetovo('airport waktu mula2 kami sampai dahulu)...
Alhamdulillah kami telah sampai ke desntinasi terakhir kami di Russia sebelum berlepas ke luar negara ini. Setelah berada di dalam airport, kami pun terus pergi ke kaunter S7(syarikat penerbangan yang kami tempah tiket).....'check' tiket, passport dan hantar luggage ke cargo. Dah settle, semua itu kami pun menunggu masa 'check-in flight'
Tetapi sebelum itu, kami semua diminta untuk menghantar seorang wakil dari 'group' kami untuk disoalsiasat disebabkan berkelakuan mencurigakan bagi pihak mereka. Mujur lah ada 2 orang senior dalam 'group' kami kerana lebih senang untuk berurusan dengan pihak mereka dalam bahasa Russia daripada 'English'(mereka lebih suka berurusan dengan mana2 individu yang boleh berbahasa Russia,itu prinsip mereka)
Habis sahaja disoalsiasat, kami pun menunggu waktu 'check-in flight'.....ketika hendak 'check-in', sesetengah daripada kami diajukan berbagai2 soalan oleh imigresen Russia. Imigresen Russia boleh dikatakan mempunyai dasar yang ketat dan tegas terhadap semua pendatang asing ke negaranya baik dia merupakan seorang pelajar mahupun pelancong....
Setelah selesai 'check-in', kami pun menunggu ketibaan waktu 'flight' kami di waiting bay....
Flight kami 'depart' dari Moscow pada jam 12.25 p.m,Isnin, Jan 25.....dan tiba di Frankfurt Am Main, Germany pada jam 13.35 p.m, Isnin, Jan 25.....menaiki pesawat S7 'economy class' hehe.....
Next 'STOP'......Frankfurt Am Main, Germany!!!!
to be continued............^^,insyallah....
0 comments:
Post a Comment