SittahSanah

6 years journey.....

Tuesday, July 27, 2010

Inter-episode 1:Ujian dan Dugaan, The Unseen Mechanism of Allah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.....


NB!!!Post ini ialah satu inter-episode, maksudnya 'between' ataupun antara satu episod dengan episod yang lain. Tujuannya tak lain tak bukan hanyalah untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih sistematik. Maksudnya di sini, satu inter-episode dicipta adalah untuk menyampaikan satu mesej ataupun satu idea kepada para pembaca blog ini tentang episod2 yang seterusnya. Ia bertujuan untuk membuka minda para pembaca tentang episod2 yang akan ditulis selepas ini.....enjoyyy^^


Gambar hanya sekadar penghayatan...

Maksudnya:

Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp]

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Sepanjang Jaulah kami ini juga, kami telah menghadapi dan menempuhi pelbagai jenis ujian yang mendatang yang hasilnya telah berjaya mematangkan diri kami untuk menjalani kehidupan ini. Antara contoh ujian yang dapat aku nyatakan di sini adalah seperi berikut:

  • Demam, tidak sihat tubuh badan

  • Kehilangan kamera

  • Kehilangan laptop dan barang2 berharga yang lain

  • Menghilangkan barang yang telah dipinjam dari orang lain

  • Kehilangan wallet dan kad bank

  • Terpaksa melayan berbagai2 kerenah manusia sewaktu dalam perjalanan

  • etc...
Ujian itu mengikut ukuran keimanan seseorang:

Fokus yang saya ingin tekankan dalam post ini bukanlah jenis2 ujian yang kami hadapi sewaktu dalam perjalanan kerana ianya mungkin tampak kecil dan mudah bagi sesetengah individu yang sedang membaca post ini, lagipun ujian dan dugaan itu diturunkan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya adalah berbeza2 mengikut ukuran keimanan seseorang hamba tersebut. Firman Allah S.W.T :

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Kepentingan Ujian dan Dugaan:

Perhatikanlah ayat di atas dengan sepenuh penghayatan dan pemahaman, Allah berfirman menyatakan bahawa sesungguhnya jika terdapat individu yang senang2 mengaku bahawa dia telah beriman, dia se'wajib'nya diuji dengan sesuatu dugaan terlebih dahulu, barulah imannya itu sah dan di'verified'kan di sisi Allah S.W.T.
Pada zaman kini, mungkin ramai individu2 terutamanya yang muslim tidak sedar akan 'mekanisma' Allah ini. Ujian dan dugaan adalah satu jenis mekanisma yang Allah S.W.T gunakan ke atas hamba2nya untuk mengesahkan, mematangkan dan memperbaharui iman2 hambanya, maka di situlah letaknya kepentingan ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas diri kita.

Oleh itu, tanggapan salah ataupun satu paradigma yang terpesong di dalam masyarakat pada era kejatuhan khilafah ini iaitu ujian itu adalah satu malapetaka, satu tanda kebencian dan ketidakpenerimaan Allah S.W.T terhadap taubat hamba2nya adalah satu pemahaman salah, malah pemahaman ini juga telah berjaya menjauhkan umat islam kini daripada Allah S.W.T. Sebenarnya ia adalah satu mekanisma di mana Allah S.W.T mengasingkan orang-orang yang benar2 beriman dan orang-orang yang benar mendustai kalamullah.

Allah Ya Ghafur Ya Rahim

Amat mustahil bagi Allah yang bersifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang untuk mudah2 saja membenci dan mengazab hamba2nya begitu sahaja. Sedarlah wahai manusia, sesungguhnya pintu taubat tidak pernah tertutup sehinggalah sesuatu jasad itu ke liang lahad, tetapi yang tertutup itu adalah hati dan akalmu....dan sesungguhnya keluasan rahmat pengampunan Allah itu lebih luas daripada kemurkaanNya....perhatikanlah pula hadis di bawah ini...

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Sabar itu Senjata Orang Beriman

Ketahuilah dan sedarlah bahawa Allah itu Maha Penyayang, Dia tidak akan membiarkan diri kita terapung2,terhuyung-hayang dalam menghadapi sesuatu dugaan mahupun ujian. Allah azza wa jalla telah memberitahu, telah menyediakan satu cara ataupun metod untuk menghadapinya iaitu sabar.

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.(rujukan http://www.life-verses.protajdid.com/?p=458)

Nampak mudah, nampak senang....cakap saja boleh rr kn??!!!Cuba rasa sendiri tengok!!!....hehe,itulah jawapan2 biasa yang diterima apabila menasihati seseorang untuk bersabar....kerana majoriti umat islam di dunia ini tidak berapa memahami akan mekanisma Allah ini dan caranya yang telah disediakan kepada hamba2nya untuk menghadapinya. Sabar itu sendiri adalah satu perlakuan, satu akhlak, satu cara pemikiran atau 'mindset' yang Allah azza wa jalla sendiri memandang tinggi perlakuan itu. Perhatikanlah surah ali-imran:200, Allah S.W.T menyatakan di akhir ayat tersebut...."supaya kamu beruntung"....

Sabar itu sendiri adalah keuntungan, keuntungan kalau diertikan dari segi makna bisnesnya adalah merupakan kejayaan atau kemenangan. Jadi, saya ingin mempersoalkan di sini, adakah sabar ini satu perkara yang remeh,yang hanya boleh senang2 saja dipandang rendah oleh sebilangan daripada kita....tidak, jawapannya tidak!!!

Perhatikanlah dalil2 seterusnya mengapa sabar itu bukanlah satu perlakuan yang harus dipandang remeh oleh umat islam zaman kini,

Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

Sabar bukanlah satu perkara yang boleh dipersenda2kan, diperlekeh2kan, ataupun dipandang remeh sehingga mengabaikan sebagai satu cara untuk mengahadapi liku2 kehidupan....ia adalah sunnah para nabi....

Kesimpulannya

Konklusinya di sini ialah tak lain tak bukan bersabarlah dalam menghadapi ujian, tetapi....hehe ada tetapi....untuk bersabar bukanlah seperti menekan suis lampu dan kemudiannya lampu itu terus terpasang menerangi sesuatu kawasan, tetapi bersabar itu adalah atsar dari Umar al-khattab :

Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157).

Apakah maksud tersirat daripada atsar ini??? Apakah maksud tersirat daripada kalimah(inna lillahi wa inna ilaihi raji'un) yang senantiasa diucapkan orang yang bersabar???

Maksudnya......orang yang ber'sabar' itu...ialah mereka2 yang mempunyai iman yang setebal gunung di dadanya....orang yang ber'sabar' hanyalah mereka yang menafikan kepercayaan mereka terhadap makhluk lain,manusia lain, berhala2,semangat2 ataupun roh, kepercayaan2 karut, mahupun individu yang di'cintai' sekalipun.....melainkan kepercayaan itu disandarkan kepada Allah S.W.T

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]





NB!!! Peringatan, diminta para pembaca tidak salah faham dengan maksud dugaan dan ujian. Mengenai dugaan dan ujian, ianya boleh berlaku dalam 2 bentuk kesenangan mahupun kecelakaan,ia tidak semestinya ditakrifkan sebagai kecelakaan sahaja, jadi beringat2lah....
Sesungguhnya orang yang lebih dicintai Allah itu,diberikan olehNya kefahaman yang mendalam terhadap 'deen'nya...JADILAH ORANG YANG SABR,JADILAH ORANG YANG DICINTAI ALLAH,JADILAH ORANG YANG DIBERI KEFAHAMAN OLEHNYE TERHADAP AGAMANYA^^....sekian, wallahualam.....


Ep. 2: Moskva(Moscow)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....

Ketika di stesen metro(subway) bawah tanah Moscow......aku photographernya...

Tupp!!! Lampu gerabak dipasang, suasana menjadi terang di dalam gerabak. Aduh, susahnya nak buka mata ni, mungkin kerana semalam ak tidur lewat. Aku pun cuba menggagahkan diri aku untuk bangun, lalu aku melihat bahawa penumpang2 lain telahpun siap duduk dan menikmati 'breakfast' mereka di tempat duduk masing2. Azli dan Muizz pun telah siap bangun, manakala Amiir masih tidur nyenyak di katilnya. Hafiz dan Apo, aku tidak pasti pada waktu itu, samada mereka telah bangun ataupun tidak kerana tempat duduk mereka agak jauh dari kami berempat.

Jam di 'handphone' menunjukkan pukul 5.30 pagi, dan tren kami sudah berada di dalam kawasan Moscow dan hampir tiba ke destinasinya. Namun begitu, suasana di luar masih lagi gelap-gelita seperti malam hari(disebabkan winter siang lambat). Persoalan pertama yang masuk ke minda kami setelah bangkit daripada tidur ialah......hmmmm, mana nak solat subuh nih?????!!!!!

Tentang waktu solat di Moscow, kami telahpun diberitahu oleh rakan2 kami di Moscow(lebih kurang Nizhny jer, pukul 8 pagi habiss). Untuk memudahkan kami untuk solat kemudian, kami pun mengambil wuduk siap2 di dalam tandas gerabak supaya tiba di Moscow nanti, tak perlulah untuk kami mencari sumber air lagi.

Tren tersebut tiba di Moscow lebih kurang jam 6 pagi. Setelah sampai, tanpa berlengah lagi dan diri masing2 telah lengkap berwuduk, kami pun menggalas beg masing2 dan keluar daripada gerabak. Suasana di luar masih gelap dan suhu persekitaran juga boleh dikatakan sangat sejuk(-20 darjah celcius). Inilah kali kedua aku tiba di Moscow setelah mula2 'fly' tempoh hari. Walaupun masih pukul 6 pagi, stesen keretapi di Moscow itu sudahpun penuh dengan teksi2, peniaga2 dan penumpang2 lain yang masing2 sibuk dengan urusan masing2 pada waktu itu. Pemandu2 teksi sibuk mencari penumpang, peniaga2 sibuk menjaga gerai masing2 dan penumpang2 pula sibuk menunggu ketibaan tren.Matlamat kami pula pada ketika itu ialah mencari stesen metro(subway) untuk pergi ke stesen seterusnya iaitu stesen keretapi(terlupa namanya, minta maaf) untuk ke lapangan terbang 'Domodedovo'. Kami pun merayau2 dii sekitar kawasan itu dalam keadaan yang sejuk untuk mencari stesen metro tersebut. Setelah menjumpainya, kami pun membeli tiket dan bersedia untuk ke stesen seterusnya.

Suasana di dalam metro Moscow, seorang pak cik Russia
sedang membaca suratkhabar dengan memakai topi bulu
Russia

Stesen seterusnya itu boleh diumpakan seperti KL Sentral kalau di Malaysia kerana di situ disediakan perkhidmatan keretapi untuk ke lapangan terbang 'Domodedovo' (kalau di Malaysia ke KLIA). Kami sampai di situ lebih kurang 10-15 minit lagi nak pukul 7 pagi. Waktu solat semakin suntuk.....kami harus segera mencari ruang kosong di sana untuk menunaikan solat....


Stesen metro(subway) bawah tanah Moscow,sedang menaiki 'escalator'
tertinggi di Europe

Di stesen tersebut, dalam perjalanan kami hendak ke tempat duduk menunggu penumpang, kami pun ternampak ruang kosong yang rasa2nya itu sahaja ruang kosong yang ada di situ supaya kami boleh menunaikan solat subuh. Ruang kosong tersebut berada berdekatan dengan ruang peniaga dan tidak jauh dari tandas. Amat sesuai, tidak ramai sangat orang lalu-lalang di situ ketika itu, cuma risaukan 'pak guard' yang meronda saja lar, takut2 dia salah faham....arrgghhh peduli apa!!! Solat lagi penting...Allah ada buat ap risau....tawakal2...

Jadi kami pun dibahagikan kepada 2 kumpulan....solat bergilir2, satu kumpulan tunggu di tempat menunggu para penumpang dan satu kumpulan lagi pergi menunaikan solat. Hal ini bagi mengelakkan terlampau ramai orang ketika menunaikan solat secara berjamaah kerana dikhuatiri mengundang perhatian orang ramai terhadap jemaah tersebut dan seterusnya akan mengundang masalah besar. Mungkin ada yang tertanya2, kenapa tidak solat secara individu??? Boleh solat, tetapi pada waktu ini keadaan tidaklah susah sangat dan keadaan mengizinkan kami untuk solat secara berjemaah walaupun orang lain mungkin nampak perbuatan kami. Kalau keadaan tidak mengizinkan, mungkin kami akan solat secara individu ataupun solat duduk, tetapi kami memilih....selagi keadaan mengizinkan kami akan melakukan amal ibadat yang lebih besar pahalanya. Kesimpulannya selagi mana anda senang dan berkemampuan, pergilah menunaikan solat berjemaah di Masjid(khusus kepada pembaca laki2)....Firman ALlah s.w.t; maksudnya:-


"Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu."(An-Nisaa 102)


NB!!!!Ayat itu menerangkan cara mengerjakan solat berjemaah di dalam keadaan perang. Jikalau di dalam keadaan perang atau darurat pun masih dijuga disuruh berjemaah, bererti dalam keadaan aman lebih digalakkan lagi.

Setelah selessai solat, kami menggunakan masa yang ada untuk berehat....letih jugak semalam, sebab tak cukup tidur....

Tren untuk ke 'airport' telah tiba tidak lama kemudian, kami pun bergegas naik ke atas(tempat menunggunya di bawah tanah) untuk ke landasannya. Kali ini penumpangnya tidak ramai macam semalam, dan tren yang disediakan untuk ke 'airport' kelihatan sungguh cantik dan sangat luas di dalamnya....haha tetapi suhu di luar masih sama macam semalam. Kami pun menunggu untuk pintu gerabak itu dibuka dalam keadaan kesejukan.

Pintu dibuka lalu kami pun masuk, di dalamnya sungguh luas ditambah pula dengan suasana tidak ramai penumpang.....jadi tidak perlulah untuk kami segan2 bersembang dengan suara yang kuat ketika di dalam tren. Selepas kami pun menjamu selera di dalam tren tersebut. Kami pun makan pagi ramai, bekalan makanan disediakan oleh Amir dan Muizz dan juga Kak Imah....hehe kenyang dan free.....siap ada cheese lagi tu, Amir yang buat.....


Pemandangan 'airport' Domodedovo, Moscow dari jauh....

Apabila kami semua sampai di 'airport' Domodedovo, kami(pelajar2 1st year) agak tergamam melihat 'airport' tersebut kerana kecantikan, kemodenan dan keindahan struktur binaannya, amat berbeza sekali dengan 'airport' Sheremyetovo('airport waktu mula2 kami sampai dahulu)...


Suasana di luar 'airport' Domodedovo,berdekatan landasan keretapinya...

Alhamdulillah kami telah sampai ke desntinasi terakhir kami di Russia sebelum berlepas ke luar negara ini. Setelah berada di dalam airport, kami pun terus pergi ke kaunter S7(syarikat penerbangan yang kami tempah tiket).....'check' tiket, passport dan hantar luggage ke cargo. Dah settle, semua itu kami pun menunggu masa 'check-in flight'

Tetapi sebelum itu, kami semua diminta untuk menghantar seorang wakil dari 'group' kami untuk disoalsiasat disebabkan berkelakuan mencurigakan bagi pihak mereka. Mujur lah ada 2 orang senior dalam 'group' kami kerana lebih senang untuk berurusan dengan pihak mereka dalam bahasa Russia daripada 'English'(mereka lebih suka berurusan dengan mana2 individu yang boleh berbahasa Russia,itu prinsip mereka)


Habis sahaja disoalsiasat, kami pun menunggu waktu 'check-in flight'.....ketika hendak 'check-in', sesetengah daripada kami diajukan berbagai2 soalan oleh imigresen Russia. Imigresen Russia boleh dikatakan mempunyai dasar yang ketat dan tegas terhadap semua pendatang asing ke negaranya baik dia merupakan seorang pelajar mahupun pelancong....

Setelah selesai 'check-in', kami pun menunggu ketibaan waktu 'flight' kami di waiting bay....

Flight kami 'depart' dari Moscow pada jam 12.25 p.m,Isnin, Jan 25.....dan tiba di Frankfurt Am Main, Germany pada jam 13.35 p.m, Isnin, Jan 25.....menaiki pesawat S7 'economy class' hehe.....






Di dalam pesawat S7 ke Frankfurt......C U there in the next episode!!
Next 'STOP'......Frankfurt Am Main, Germany!!!!
to be continued............^^,insyallah....

Tuesday, July 20, 2010

Ep. 1: And the journey begins,the Road to Moskva (Moscow)!!!

Bismillahirrahmanirrahim.......

"Katakanlah (Muhammad),"Berjalanlah kamu di bumi, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa." (27:69)


  • NB!!!Perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.......itulah yang di'tekan'kan, itulah yang di'stress'kan dan itulah yang dititikberatkan oleh Allah S.W.T sewaktu kita berjalan tidak kira samada di tanah air sendiri mahupun di bumi asing kerana.... kesudahan bagi orang-orang yang berdosa itu akan menjadi.... samada kesudahan bagi diri kita(naudzubillah) ataupun akan menjadi pengajaran bagi diri kita....maka perhatikanlah!!!

8.30 pm, Ulitsa Medisinskaya, Nizhny Novgorod, Russia.....



Ukiran di dinding bangunan bahagian dalam Moskovski Vokzal



"Ingat!!! Kita akan bertolak dari hostel dalam lebih kurang pukul 9 malam untuk ke Moskovski Vokzal (Stesen keretapi di Nizhny), so get ready by that time," itula pesan azli kepada kami ketika menziarahinya tempoh hari di biliknya.


Pada waktu yang tertera di atas aku sedang berada di dalam bilik muizz (di hostel 3) untuk meninjau keadaan dia sedang mengemas dan bersiap2 untuk bertolak pada malam ini. Amir dan Apo pulan sedang berada di dalam bilik masing2, juga sedang sibuk 'packing' barang2. Aku???!!! kekeke....aku memang dah siap 'packing' waktu ini(x sbar2 rr katakan) sebab tu lar ak bercadang untuk singgah di hostel 3 terlebih dahulu kerana nanti senang bagi kami berempat (pelajar2 first year) untuk berkumpul di sana dan sama2 bergerak ke hostel 5 untuk berjumpa dengan Azli dan juga Hafiz.....


Selepas semua telah siap mengemas, kami berempat berkumpul di lobi hostel 3 untuk memastikan bahawa semua dokumen penting dan ticket flight samada telah dibawa ataupun tidak.

Passport check!!! Visa check!!! Immigration card check!!! Ticket ada!!!....yeahhh, we're ready to go!!! Selepas itu, kami pun berjalan kaki untuk ke hostel 5(suhu -20) untuk berjumpa dengan Azli dan juga Hafiz di sana. Sesudah sahaja smpai di hostel 5, kami disambut dengan 2 orang senior kami tersebut di lobi hostel. Mereka telahpun siap mengemas dan sedang menunggu ketibaan kami. Mak guard hostel tersebut gembira melihat kami, pemuda2 gagah berani, menempuh musim salju yang sejuk ini untuk pergi mengembara di negara2 asing(padahal negara yang kami nk pergi lagi 'suam' dari Russia), haha...ap2 pun tujuan kami bukanlah nak mencari ke'suam'an di negeri orang lain. Dan terima kasih juga diucapkan kepada mak guard tersebut kerana memberikan kami sepatah dua nasihat buat bekalan sepanjang perjalanan (golongan2 mak cik kat Russia memang ramah berbanding golongan2 warga russia yang lainSebelum kami memulakan perjalanan, Azli mengingatkan kami kembali tentang 'niat' yang akan kami semua pasang di hati kami sepanjang perjalanan. Dia mengingat kami supaya memasang niat yang benar dan betul iaitu kerana Allah S.W.tsepanjang jalan bukan sahaja di permulaan jalan sahaja kerana tujuan kita berjalan bukanlah untuk enjoy2, bukanlah untuk mencuci mata, bukanlah untuk membazir duit memuaskan nafsu materialistik.... bahkan bukanlah untuk merehatkan minda yang penat setelah berlangsungnya peperiksaan....tetapi...tujuan kita(termasuk lar yang membaca ini) adalah untuk menyahut seruan Allah azza wa jalla di dalam Quran, itulah tujuan kita!!!

Selepas itu, Azli pun memimpin bacaan doa dan kami pun bertolak ke 'bus stop' tidak jauh terletaknya dari hostel 5. Di sana kami menunggu bas no.43 untuk pergi ke Moskovskii Vokzal. Alhumdillah bas sampai dengan cepat, lalu kami pun terus menaiki bas tersebut. Di dalamnya tidak ramai penumpang mungkin kerana jam sudahpun menunjukkan pukul 9.30 pm. Oleh sebab itu, tidak lar kami segan2 untuk berdiri di dalam bas dengan diri masing2 menggalas travelling bas yang besar2 dan berat ni.




Gambarku ketika menaiki bas no. 43, suasana yang lengang...

Sampai sahaja di Vokzal, aku dan rakan2 'first year'ku yang lain berasa kagum melihat keindahan dan kecantikan Vokzal pada waktu malam (baru first time tiba kat sner). Train kami ke Moscow akan tiba jam 11 pm, jadi sementara menunggu tren tiba kami pun duduk di tempat menunggu penumpang sambil menonton TV( xphm pn rancangan lawak russia yang disiarkan di TV waktu tu).


Masa berlalu dengan pantas, tren kami ke Moscow telahpun tiba di Nizhny. Oleh itu, tanpa membuang masa, dengan adrenalin yang kami ada pada waktu itu, kami pun bergegas berlari anak ke landasan tersebut. Tren yang akan kami naiki sangat panjang dan akhirnya kami terpaksa berlari menuju ke hadapan kerana tempat duduk kami berada di coach hadapan. Memang suatu pengalaman yang tidak akan ku lupakan kerana pada waktu itu suhu di luar amatlah sejuk, ditambah pula dengan landasan keretapi tersebut tidak berbumbung oleh itu lantainya dipenuhi dengan salji dan kami pula terpaksa berlari di lantai bersalju itu dengan menggalas beg yang berat di belakang. (Pengalaman yang manis^^)


Sesudah itu, kami pun menaiki coach itu dan mengambil tempat duduk masing,tren itu memang direka khas untuk perjalanan yang jauh oleh itu, setiap seorang mendapat satu katil. Suasana di dalam tren agak sesak dan sempit kerana dipenuhi dengan penumpang2 dari pelbagai tempat, kebanyakan mereka sedang tidur kerana kepenatan perjalanan yang agak memakan masa untuk ke Moscow. Aku pula mendapat katil atas dan katil di bawahku ialah tempat Amir. Di hadapan kami ialah 'seat'(seat itu boleh ditukar menjadi katil apabila perlu) 4 orang Russia(1 orang sedang tidur dan 3 orang lagi sedang minum2 dan bersembang). Salah satu keistimewaan orang Russia ialah apabila mereka sedang mabuk, mereka akan menjadi lebih mesra. Jadi pada waktu malam tersebut, aku dan Amir pun bersembang dengan mereka, bertanyakan bagaimana pelajaran, kehidupan di sini dan sebagainya. Aku pun mula terfikir kalaulah tiap2 hari aku boleh berbahasa Russia seperti ini maka bolehlah aku menguasai bahasa mereka nanti....haha. Selepas itu, mereka mengajak kami berdua untuk minum bersama2 mereka, lalu kami menolak dengan senyuman dan memberikan alasan bahawa kami Muslim dan 'haram' bagi kami untuk minum arak lagipun ia akan menjejaskan kesihatan. Mereka membalas senyuman kami dan menghormati pendirian kami dalam beragama. Itulah yang senantiasa terjadi apabila kita cuba untuk menegakkan pendirian beragama kita....orang lain akan memberi 'respect' kepada kita. Oleh itu, usahlah takut dan malu tidak bertempat untuk menyatakan bahawa kita ialah orang Islam dan kami tidak segan dengan itu...


Sudah penat bersembang akhirnya kami pun tertido juga di atas katil2 yang empuk itu. Sebelum tidur, aku cuba untuk melihat bagaimanakah keadaan pemandangan di luar keretapi pada musim winter ini. Subhanallah, cantiknya!!! Hutan2 di luar semuanya berlantaikan salji dan diterangi pula dengan cahaya bulan, pemandangan itu sungguh mengasyikkan dan ketika melalui kawasan perkampungan, suasana lorong2 di tepi jalan yang berlantaikan salji sambil diterangi dengan lampu2 neon putih itu sudah cukup untuk menyatakan kepadaku bahawa suasana malam di luar sana sungguh tenang. Lalu, aku pun tertidur...kepenatan....


Berikut adalah gambar2 ketika kami dalam perjalanan untuk ke Moscow.....





Suasana di Moskovskii Vokzal, Nizhny Novgorod
Katil penumpang yang disediakan dalam tren menuju ke Moscow

Suasana di dalam gerabak tren


4 orang Russia yang sedang menikmati 'breakfast di hadapan
tempat duduk aku dan Amir


Aku dan Muizz, sedang berbincang tentang perjalanan seterusnya


Suasana pada waktu pagi 'winter' di Moscow.....

Next Episode: Moskva(Moscow)....^^

A few days earlier....

Bismillahirrahmanirrahim......

Beberapa hari sebelum 25 Januari 2010,

Ulitsa Medisinskaya(nama jalan)...


Nizhny Novgorod.....



Winter-break bakal menjelang....

(Exam dah berjaya ditempuhi masa nih)


"Shah jom pergi jumpa abg azli nak??? Mlm ni kat bilik dia," Muizz berkata padaku.

"Betol gak, kiter dah hbs exam, die pn dah habis exam, alang2 blh die brief kat kter psl jaulah nanti," aku menjawab.

Pada malam tersebut( xder lar malam sgt lbh kurang pkl 7 atau 8 tp oleh sbb winter ,mase tu dah gelap gelita), dengan bertemankan suhu di luar yang lebih kurang -20 darjah celcius, kami pun pergilah ke bilik abg azli di hostel 5 yang terletak tidak jauh dari hostel yang kami duduki ( muizz di hostel 3 dan aku pula hostel 1) dengan berpakaian tebal walaupun jarak di antara hostel2 itu hanyalah 200-300 meter sahaja.

"Assalamualaikum bang!!!" kami memberi salam,

"Waalaikumusalam, wah ni first time datang bilik nih, ad apa2 hal ker yang nak dibincangkan??? haa sebelum tuu, exam amcm???" azli menjawab

*Xpe lar persoalan exam x perlu ditulis di sini, yang penting ALHAMDULILLAH semua berjaya melepasinya dengan cemerlang

"Kami datang ni nak dgr briefing sket tentang jaulah first kami nih, nak tau tentang perjalanan ktorang dan persediaan2 lain yang kami kne buat," kami bertanya....lalu kami ternampak 'whiteboard' di biliknya yang telah ditulis dengan rangka2 perjalanan, jumlah perbelanjaan, dan dokumen2 penting yang perlu dibawa......memang tepat pada masanya!!!(bermonolog sendirian)

"Owh lar, mujur saya dah siapkan nih, haa tgk 'whiteboard' nih, saya terangkan kat awak semua,dengar betul2 ok," azli menjawab,

"Pertama sekali, kita akan bertolak dari Nizhny pada malam 25 Januari dengan menaiki bas ke Moskovski Vokzal( Stesen keretapi) untuk ke Moscow,

kemudian kita akan naik flight di Domodedovo Airport di Moscow untuk pergi ke Barcelona tetapi kita akan singgah untuk jangka masa yang lama di Frankfurt(Transit).

Dah smpai Barcelona, 'stay' kat sner 2 hari jalan2 , kemudian kita akan naik flight ke Granada.

Selepas Granada kita akan bertolak menaiki bas ke Cordoba.

Kemudian dah habis jln2 kat Andalusia(Spain), kita akan ke Madrid pulak untuk berlepas ke Paris, France. Di sana akan ada orang sambut kita untuk pergi ke Bescancon dengan menaiki tren. Dan kter akan ada program di Bescancon bersama pelajar2 Russia lain. Habis je program, kite akan kembali ke Paris, 'stay' kat sne, shopping souvenir dan lepas berlepas pulang ke Moscow, kemudiaannya naik flight balik Nizhny dan esoknyer kelas 'start'...kekeke" Azli menerangkan kepada kami tentang perjalanan yang akan kami hadapi,

"Duit dalam dompet xpyh bwk byk sgt, bawa lar US dollar kalau ada, sbb nnt senang nak tukar kat negara lain atau bawa euro lagi baik, dokumen2 penting jangan lupa, passport, visa, imigration card, dan ticket flight, semua tu penting jangan lupa tau," Azli menambah,

Wah, lepas jer dengar terus x sabar2 nak bertolak, ni yang buat lagi semangat ni, macam rasa nak terus mengemas jek malam tu....kekeke... x sabar nak tgk rupe negara orang lain( bahasa kampung). Selepas habis penerangan, kami meminta diri untuk pulang.....pulang dengan hati yang berdegup kencang, tidak sabar untuk pergi mengembara di bumi asing, pemikiran kami pula sentiasa melayang-layang memikirkan apakah cabaran yang bakal kami hadapi di luar sana, apakah masalah yang bakal kami hadapi.....namun semua itu kami yakin kami dapat tempuhi dengan keyakinan kami kepada firmas Allah ini :

"Dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara." (33:3)

Cukuplah Allah sebagai Pemelihara kami, dan cukuplah dia sebagai Pelindung kami, apa2 sahaja yang akan berlaku ke atas diri kami......kami tahu bahawa itulah yang terbaik bagi kami...

Allah, Engkau Maha Mengetahui.....Engkau tahu apa yang kami tidak tahu.... Segala urusan hidup dan mati kami, kami serahkan kepada yang Maha Mengetahui.... Everything must begin from You, Allah S.W.T

Sekian^^, 'post' seterusnya akan menceritakan tentang permulaan jaulah sulungku, episod 1:
And the journey begins...


Mengeremuni patung Maimonides(tokoh pemikir Yahudi pada
zaman Khilafah Islamiah di Andalusia,
beliau lahir di Cordoba), Cordoba, Andalusia

Jaulah Pertamaku....

Dari sebelah kiri:Amir, Husni, Apo, Azli, Hafiz(A'diyyat), Muizz dan aku
(di Palau Nacional,MNAC,Catalunya, Barcelona)



Bismillahirrahmanirrahim....


25 JANUARI 2010

Inilah tanggal jaulah pertamaku bermula.........

Jaulah ini kebiasaannya akan diadakan setahun sekali dan pada tahun 2010 ini.... lokasi jaulah telah ditentukan....iaitu di Bescancon, France.....(x prnh dgr lg nme tmpt ni)...

Dari Nizhny Novgorod Jaulah France ini telah disertai oleh beberapa orang yang telah habis exam pada waktu itu (kerana pelajar2 2nd year ada yang nk pergi jgk tp mereka ad exam). Watak2 itu terdiri daripada:

Husni(final year,orang Terengganu, petah berbahasa Russia dan Arab, orang yang matang dan banyak pengalaman di negara2 asing,dah hbs exam pada waktu itu dan telah pergi ke Turki berjumpa dengan kawannya sebelum menyertai kami di Barcelona),

Azli(3rd year, orang Shah Alam, dah habis exam dengan cemerlang, kebolehannya ialah mengingati dan memahami bahasa2 asing dengan mantap,suka bergambar),

Hafiz aka A'diyyat(3rd year, orang Melaka, juga sudah habis exam, kebolehannya ialah membaca dan meng'intepret'kan peta2 lokasi asing dengan cepat dan effektif, dia ialah GPS kami sewaktu perjalanan, mampu tidur dalam apa2 keadaan yang sukar sekalipun)

Selain itu, terdapat juga beberapa orang senior lain tetapi mereka bergerak dalam kumpulan yang berasingan, kami tidak berjalan sekali dengan mereka tetapi kami akan berjumpa dengan mereka di Barcelona(atas dasar sama hostel kemudian berpisah kembali), di Bescancon dan di Paris. Mereka ialah Hafiz Razak(5th year, photographer Nizhny, memakai kamera DSLR, pro-phtographer),Ezwan Suryakarta(4th Year, Presiden PPIM Nizhny), dan juga Firdaus aka Daus( 4th year,blockmate muizz,seorang yang peramah)....

Pelajar2 1st year pula disertai oleh aku(xyah lar tls nma), Muizz, Amir, Apo ( nma sbnr ialah Mustaffa)...

Baiklah cukup cerita tentang watak2 utamanya...lepas ni cerita mengenai perjalanan 'pengembaraan' pula.....

Sekian^^

The Quran is Our One and True Paradigm


Before that, I would like to inform all of you readers who reads this blog....in this blog I'll use the Quran as the paradigm(way of seeing things) to give opinion, to interpret, to lend ideas of the collection of writings in this blog because I'm a muslim and I believe in this book, so I'll write an article based on the Quran and then I'll look at another source so basically this is the type of writings here, for this blog..... Enjoyyy!!!! ^^






Bismillahirrahmanirrahim....

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi(tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya beriman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan Kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan , "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini",(7:172)

So what is this??? What is the meaning of this ayat??? In this ayat Allah S.W.T wants to tell us that before the creation of the earth,before the creation of this galaxy and before the creation of this world, that Allah azza wa jalla had received the confessions, the announcement, the syahadah of the sons of Adam,the bani adam,or should I say it more directly the HUMANS.This event had happen a long time ago, and definitely no one in this world could remember that he or she had already confessed their iman and belief in front of Allah S.W.T and that is why Allah the Ar-Rahim (Most merciful) and al-Ghaffur(Most forgiven) had mentioned it in a book or kitab called the Quran. This is to remind themselves(the humans) that they long,long ago had confessed that there is no God beside of Allah and this eventually and literally means that they must LIVE and only LIVE because of Allah azza wa jalla......

The question that I want to discuss in this note is not WHY there are some of the bani Adam,who are kufur , not obeying the orders of Allah,commit what Allah have prohibited them to do, being syirik to Allah,and LOVE this world to the extend that Allah have prohibited US to do. But the question that I want to discuss here is that WHY the CONFESSIONS of 'iman' is so important at that time???? WHY Allah azza wa jalla wanted the HUMANS to confessed to HIM that "There is no God beside YOU,O Allah and we testify"...WHY??......it is because that this is OUR PARADIGM!!!...the truth is that we have been implemented with this paradigm a very,very long time ago...not only before we were born but also before every each one of us were born....

So let's continue with the next ayat....a simple one but very,very powerful ayat....

"Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah"(96:2)

I'm very confident that everybody knows that the first 5 ayat from surah al-Alaq is the first wahyu that had been send to Rasullulah S.A.W by jibril a.s and interestingly in this ayat Allah S.W.T wants to remind the humans that He is the One who created them in the first place and He is the only one who deserves to be submitted to,or in other words "there is no God besides Allah". The same thing goes for the human,the same reminder,the same idea and the same PARADIGM. Besides of the great scientific knowledge that we can found from this ayat( Men is created from a clot of blood), Allah azza wa jalla really wants to tell us that we came down to this world with a confession in our chest and a responsibilty(ubudiyyah and khalifah), a mission on our shoulders. The message is that" I am the one who created you, so I must be the one that tells you what to do"...this is logic and everybody knows that.....so this is also a PARADIGM...

The next ayat, "Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main( tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? ( 23:115)

And now my friends,in this ayat Allah started to reveal what is OUR mission,our objective in this world by denying the fact that He had created us for nothing, for 'motiveless' measures, or directly speaking for the enjoyment of this WORLD and for the love of this world. So let us do some check-up on ourselves what do we really live for? Normally, actions will speak louder than words, so we could examine and look at some examples from the actions of normal lifecycle of a normal human being...based on their actions and thinking..

First we start with a teenager,common teenager nowadays only know the fact he must study to score the SPM to get into better higher educations,so we know what is his or her objective to score the SPM...and the only thing he knows that after finishing the higher educations he wants to realize his dream occupation or ambition instead and that's all...this is what I call 'short-termed objective'

And after that when that teenager grows up and become a youth studying in universities or college,he is studying so hard to realize his 'short-termed objective',and now he had developed a great affection of LOVE towards woman....and now we know that he wants to get married and have a family and so he extended his 'short termed objective' to the extend that after he had gained his dream prefession he wants to get married and build a family and that's all....

And this guy grew up and managed to acheived his dream prefession and build a family, and now he started to think what he wants to do next?? He had worked hard in his 'dream field' for so long he started to feel bored about it and he and his wife had grew up to middle age and that their love nowadays is like nothing to compare during those youthful days of thiers...and so he decides...he got money,family,cars and everything so he just want to take a rest at home and have a very RELAXING LIFE onwards... and that's all the story for his 'short-termed objective'.....and the BEST part comes next...what is it??? This normal guy DIES for NOTHING.....he died and that is the end of his worldly story....'very short life very short objective' he achieved..

And that is why Allah mentioned, questioning us "and that you would not be brought back to Us?''...in this example this guy doesn't realize one true, confirmed FACT.....the fact that not one day he gonna die some day but the fact that he could DIE anytime, besides the fact that he is not even created for the relaxation of this world. So guys in this ayat, Allah wants to tell us that we were not created for the enjoyment of life of this dunia but we have a MISSION and another fact is we are going to meet Allah someday to present to Allah what have we done in this dunia....so 'very short life, very big objective' that is a real muslim...another PARADIGM..

So for the next discussion I'll combine these 3 ayats....

"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu(tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti" (8:22)

"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah orang-orang kafir, kerana mereka tidak beriman"(8:55)

"Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa" (49:13)

These ayats are very direct and concrete and I'm assure that anyone in this wolrd if we mention to them this ayat,they can understand it well, the meanings is what i mean...but the only thing is that "can their heart accept it or not?". In the previous ayat Allah tells us that we have been created not for NOTHING but for SOMETHING, to serve a purpose and we will meet HIM and present to him our JOB in this world. Moreover in these next ayat, Allah tells us that the worst of living creatures with Allah are the deaf and the dumb (the disbelievers), who understand not. Allah S.W.T tells us that we have been created by HIM and He is the one who deserve to be worshiped at ,we have been created for a purpose and we will meet HIM someday to be question upon" Did you do what I ask you to do?" (during the day of judgement)....yet there are some of us who are still deaf and pretend to be dumb to the Haq(truth) and live according to what they think fits them and enjoy their WORLDLY LIFE to the fullest limit...and when they die, they will be arrange to meet the JAHANAM...who are they at Allah's side??? They are the WORST of LIVING CREATURES!!!....because of their ego.

And after that Allah tells us that who is the best at the side of Allah S.W.T..it is the one that did takwa,it is the one that obeys Allah's order and commandments, it is the one that understands the fact that they live in this is to serve Allah and that he gonna dies someday and this is the muttaqin. The muttaqins are the BEST CREATURES at the side of Allah. They deserve the 'Jannah'(heaven). In a hadith Nabi S.A.W mentioned that"Allah S.W.T doesn't look at your face and jasad but He looks upon your HEART and your DEEDS"......It is very,very simple to understand if you obey Allah, you are the BEST, but if you kufur towards Allah, you are the WORST.......these are the PARADIGMS..

All of the mentioned above are some of the PARADIGMS that Allah had implemented,give and booked it in the kitabullah for us to understand and INSTALL it in our mind. What is a PARADIGM actually? I would like to give a brief explanation about paradigm,

For our purposes, a simple way to understand paradigms is to see them as MAPS. We all know that "the map is not the territoty." A map is simply an explanation of certain aspects of the territory. That's exactly what a paradigm is. It is a theory, an explanation, or model of something else. Suppose you wanted to arrive at a specific location in central KL. A street of map of the city would be a great help for you to arrive there. But suppose you were given the wrong map.Through a printing error the map labelled 'Kuala Lumpur' was actually a map of Kajang. Could you or could you not arrive at your destination??? Clearly the answer is NO...no matter how much effort you put into finding it...you'll still be lost...it's a wrong MAP!!

So Allah S.W.T had given us the Quran as a paradigm for us, as a map for us to find ourselves back home to Him, to jannah If we live in this world with a wrong paradigm or map, surely, affirmatively we will live in astray( sesat) and will found ourselves back to a wrong destination, the JAHANAM, simple explanation but why only a few numbers of us could only understand these facts???

The Quran is our one and only true PARADIGM, the paradigm that Allah azza wa jalla had teached Muhammad S.A.W and Muhammad S.A.W had teached the sahabat about it,passed through generations,

These are the paradigm that shifted the arabs jahiliis into becoming the SUPERPOWER of the world at that time ,they are the only civilisations that raised up, gained momentum from a religion called ISLAM,Islam is our booster

And these are the paradigm that the kufar and the enemies of Allah had tried hundreds of years planning to seperate it from us, and yet they are still failing because the owner of this POWERFUL PARADIGM is Allah azza wa jalla,it's impossible...

And lastly these are the paradigm that will maintain, and that will be immortalised and that will be spread throughout the time and..... finally for those people who stood up, voiced up, and get martyred(syahid) up!!...to make sure that this paradigm is being spread through.....THEY WILL GAIN VICTORY in the end,insyallah!!!

I'll end this discussion from a quote by one of the famous warrior of these PARADIGM, Khalid al-walid:(this is during the battle of Yarmuk with the romans , if I'm not mistaken it,sorry) I'll bring forth towards you an army of men that loves the death(Akhirat) as much as your men love this dunya....

This is an example of a man who understood the Paradigm well,

he understood Allah created him,

he understood that he lived only for one PURPOSE,

he understood he will meet Allah someday,

And He understood that his real destination is the AKHIRAT

Inna solatii wa nusuki wa mahyaya wa mamatii lillahi rabbil al amin...

Hasil nukilan sendiri....(homework usrah)^^

Monday, July 19, 2010

Introduction

Bismillahirrahmanirrahim......

Ini adalah blog baru aku...

Blog ini telah dibikin untuk menggantikan blog lama.....

Selain itu, blog ini dicipta bertujuan untuk menyampaikan idea2, buah2 pemikiran yang terdapat dalam minda, yang apabila berfikir terlampau lama tentang sesuatu sehingga terlupa untuk menyampaikannya kepada orang lain

Di samping itu, blog ini juga bertujuan untuk memaparkan beberapa episod 'adventure'(cabaran) selama 6 tahun ini di bumi asing dan pengembaraan yang ditempuhi bersama2 rakan seperjuangan di negara2 asing.....

Blog ini akan memaparkan gambar2 pengembaraan2 tersebut....

Dan juga sedikit pendapat, perkongsian dan juga kommentar daripada penulis dan juga orang2 yang ditemubual oleh penulis sepanjang pengembaraan.....