SittahSanah

6 years journey.....

Thursday, August 12, 2010

Ep. 3.1: Frankfurt Am Main,Germany

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,


Model-model diimport dari Nizhny Novgorod ke Frankfurt,
lokasi:di hadapan sungai Frankfurt


Wah, aku bakal tiba di Frankfurt tak lama lagi, aku bermonolog sendirian sementara rakan2ku dan seniorku sedang nyenyak tidur sedangkan aku sudah terjaga dari tidurku awal2 lagi disebabkan perasaan teruja yang teramat sangat kerana mendapat peluang untuk pergi 'singgah' ke negara orang di usia yang muda ini.

Flight dari Moscow ke Frankfurt tidak memakan masa yang lama, lebih kurang dalam 2-3 jam sahaja. Hal ini adalah kerana kedudukan Germany yang berada berdekatan dengan Russia. Tetapi disebabkan kepenatan perjalanan menaiki tren dari Nizhny ke Moscow sebelum ini, masa yang ada dalam perjalanan ke Frankfurt itu kami gunakan sebaik2nya untuk merehatkan badan

Frankfurt Am Main bukanlah destinasi 'Jaulah' kami tetapi hanya sekadar tempat pertukaran flight, tempat kami 'transit' untuk kami menukar kapal terbang kepada 'Ryanair' supaya kami dapat meneruskan perjalanan kami ke Barcelona,Spain.

Namun begitu, waktu 'flight' kami dari lapangan terbang persendirian Ryanair yang terletak di kawasan pinggiran bandar Frankfurt adalah pada pukul .......,keesokan harinya. Oleh itu, kami mempunyai masa yang panjang untuk meninjau2 suasana dan keadaan bandar Frankfurt dan di samping itu juga, kami terpaksa bermalam di Airport 'Ryanair' tersebut kerana hendak menunggu waktu 'flight' keesokan harinya dan atas dasar berjimat supaya kami tidak mengeluarkan wang lebih untuk penginapan. Ini menjadi satu pengalaman baru kepadaku kerana pertama kali tidur di 'airport'...

KAMERA, Satu Peringatan dari Allah
Alhamdulillah, setelah kapal terbang berjaya membuat pendaratan dan 'parking' di tempatnya dengan sempurna. Kami terus bergegas keluar darinya untuk menuju ke tempat mengam bagasi.

Dalam perjalanan menuju ke tempat imigresen, kami telah ditahan oleh pihak berkuasanya kerana dikatakan kami kelihatan mencurigai. Jadi, kami telah diminta untuk mengeluarkan 'passport' masing2 dan telah ditanya berbagai2 soalan berkaitan tujuan kami melawati negara ini.

Lepas saja soal siasat 'random' itu, kami terus berlari menuju ke tempat imigresen supaya kami dapat pengesahan untuk memasuki negara ini. Berbeza sekali dengan imigresen Russia, imigresen di Frankfurt kelihatan mesra dan ramah, ye lar...lain orang lain ragam,lain negara lain prinsip(peribahasa sendiri).

Habis sahaja kedatangan kami disahkan oleh imigresen, kami berlari2 anak ke tempat mengambil bagasi dan pada waktu itu aku dan rakan2 'first year'ku yang lain berjaya sampai awal ke tempat tersebut.

Kemudian aku bertanya kepada mereka, "Mana abg azli ngan abg Hafiz?"

"Tak tahu rr, diorang lambat sket kot kat imigresen tuu,"mereka menjawab

Selepas itu, kelihatan Azli dan Hafiz datang menuju ke tempat mengambi, bagasi. Air muka Azli kelihatan terdapat sedikit kelainan, semacam ada sedikti keresahan yang cuba disembunyikan di sebalik air mukanya itu. Kemudian dia berkata kepada kami dengan tenang,

"Rasa2nya saya tertinggal kamera saya dalam 'flight' tadi rr,"... terkejut kami mendengarnya....

"Ehh betul ke bang??!!! Cuba try cari dulu dalam beg ni,"salah seorang daripada kami berkata

Tanpa membuang masa, kami pun membuka zip begnya dan membantunya mencari kamera tersebut bersama......semua zip kami buka, dan semua tempat telah kami selongakari....namun..

Malang tidak berbau, kami tidak menjumpainya di dalam beg tersebut. Perasaan sedih bercampur geram akibat tidak berjaya menjumpainya menusuk ke dalam 'qalb' kami. Tidak mengapa, kami berkata kepada diri masing2,masih ada berbagai2 alternatif lagi yang masih boleh gunakan.

Tetapi sebelum itu, sifat tawakal itu haruslah kami tanamkan dulu dalam diri kami ini, berbeza dengan kata2 orang biasa,"Ala dah habis usaha baru lar tawakal".Tetapi bagi kami tidak, awal2 lagi kami dah menanamkan sifat ini dengan terus menunaikan solat 'zuhur' di kawasan menunggu penumpang di dalam airport tersebut tanpa kelam-kabut mencarinya mahupun memikirkan tentangnya sedangkan kami masih ada urusan yang lebih penting iaitu 'As-Solah'.

Usai sahaja solat, kami memanjatkan doa dan sepenuh tawakal kepada Allah azza wa jalla Maha Pemilik segala2nya supaya dimudahkan urusan kami untuk mencari dan menjumpainya.

Usaha kami yang seterusnya ialah kami pergi ke kaunter pertanyaan 'airport' tersebut untuk melaporkan tentang kehilangan barang senior kami yang tertinggal di dalam 'flight' sebelumnya. Dan apa yang membuat kami kagum sangat dengan pekerja2 di kaunter pertanyaan tersebut ialah kami mendapat respons yang sangat memuaskan, nampak seperti dia bersungguh2 mahu menolong kami.

Dia telah memberikan nasihat kepada kami supaya terus pergi ke kaunter syarikat penerbangan yang kami naiki sebelum ini untuk melihat jikalau ia masih dibuka untuk para penumpang menaikinya kerana kami diberitahu bahawa 'flight' itu akan berpatah balik ke Moscow dalam beberapa detik masa sahaja lagi.

Kami berlari ke sana namun malangnya bagi kami, kaunter itu sudah tutup. Tanpa berlengah lagi, kami pun berlari semula ke kaunter pertanyaan tersebut,harap2 ada lar alternatif lain.

Dek kasihankan kami dan memahami perasaan kami, pekerja di situ pun meminta tolong rakannya untuk menelefon pihak bertanggungjawab yang sedang berada di dalam 'flight' tersebut untuk menanyakan jikalau ada terjumpa sebuah kamera tak di salah satu tempat duduk 'flight' tersebut.

Lama juga kami menunggu respons daripada pihak di atas 'flight' tersebut. Agak2nya dia pergi mencari kamera tu.....

"Kami minta maaf banyak atas apa yang berlaku, kami dah cuba tetapi pihak 'flight' mengatakan bahawa mereka tidak menjumpainya,"kata pekerja itu di dalam bahasa inggeris,

....itulah jawapan yang kami terima....

Kecewa kami mendengarnya, kami telah cuba sedaya upaya, berlari ke sana sini, berjumpa dengan pelbagai pihak.....namun jika sesuatu perkara itu masih tidak mendapat keizinan Allah untuk ianya berlaku....ia tetap tidak akan berlaku, Allah mengatahui apa yang kita tidak ketahui,

Ibrah....

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(2:216)

Popular ayat ini, banyak kali disebut2 ayat ini di bibir2 orang islam, namun masih ramai yang sukar mengamalkannya. Dan pada hari itu, inilah ayat yang hidupkan di dalam hati kami. Mungkin hari ini, abg Azli hilang kamera, esok lusa siapa tahu siapa pulak yang hilang barang lain. Malah bukan sahaja barang yang boleh hilang secara tiba2,'nyawa' pun boleh melayang tanpa disedari.

Sepanjang perjalanan ini, awal2 lagi kami sudah mendapat peringatan daripada Allah S.W.T, bukannya setakat peringatan untuk menjaga barang, berhati2 dengan pencuri atau perompak tetapi satu peringatan yang jauh lebih bernilai dari itu, iaitu peringatan "kita adalah hambaNya dan kami sentiasa ridha akan keputusanNya"

dan insyallah akan kami sematkan ia di hati kami senantiasa, ya Allah.....

"Apakah manusia mengira bahawa akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"(29:2)

wallahualam^^...


Sejenis pokok unik di Frankfurt

to be continued, in next episode insyallah...

0 comments:

Post a Comment