Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Aku di hadapan St. Bartholomeow's Cathederal
Dengan masa yang telah dikurniakan Allah pada malam itu, kami telah berjalan2 di kawasan sekitar sungai tersebut. Antara tempat2 yang telah kami berjaya lawati ialah 'Romer Square'dan St.Bartholomeow's Cathederal.
Akibat keletihan berjalan2 di sekitar bandar tadi, kami berlima telah tertidur sepanjang perjalanan ke 'Ryanair Airport'. Jarak perjalanan antara Frankfurt Main Train Station dan 'Ryanair Airport' boleh dikatakan jauh juga. Bas itu mengambil masa lebih kurang 30-40 minit untuk ke sana, memberikan kesempatan kepada kami untuk tidur lebih lama.

Suasana di tepi sungai Frankfurt,
Model:Apo
Wallahu ya'lamu wa antum la ta'lamun(2:216).....
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha mengetahui sedangkan kami pula tidak mengetahui apa2 melainkan apa yang Engkau beritakan kepada kami, maka bimbinglah kami dalam perjalanan yang seterusnya..........
Niat
Selepas peristiwa 'kamera' tersebut, kami sedar bahawa kami berjalan bukan sahaja berenam tetapi disertai sekali dan diperhatikan oleh Allah S.W.T. Peristiwa ini sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan di dalam hati kami iaitu hendaklah kita sentiasa menjaga dan memperbaharui niat kami sepanjang perjalanan ini.
Kadangkala, tatkala kita terlampau seronok berjalan2 melihat keindahan sekeliling kita telah terlalai dan terlupa suatu yang amat penting bagi seseorang individu muslim iaitu niat. Niat memainkan peranan yang sangat penting bagi diri seseorang mukmin,
niatlah yang menentukan segala2nya selepas itu,
niatlah yang akan membezakan samada seseorang itu benar2 ikhlas ataupun hanyalah seorang pendusta,
dan niat jugalah yang Allah S.W.T akan nilai terlebih dahulu pada diri setiap hamba2Nya kelak pada hari Perbicaraan nanti.....
Disebabkan itulah, Imam Nawawi rahimahullah telah meletakkan hadis niat yang telah diriwayatkan oleh Abu Hafs, Umar al-khattab sebagai hadis yang pertama di dalam kitab hadis 40 karangan beliau sendiri.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan......
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan......
Sesungguhnya bagi seseorang mukmin itu, niat adalah permulaan bagi segala2nya yang selepas itu, ia boleh diumpakan seperti 'jantung' yang berusaha mengepam darah untuk tindakan2 dan langkah2 yang akan diambil seterusnya.
Namun, kita sebagai manusia kadangkala ada naiknya dan ada pula turunnya. Bak kata orang, hidup ini umpama roda dan begitu jugalah iman kita. Tetapi Allah S.W.T itu Maha Memahami dan Maha Pengasih terhadap hamba2nya, Dia akan senantiasa mengingatkan kita agar memperbaharui niat yang telah atau mungkin akan terpesong.
Perhatikanlah setiap detik hidup kita, pasti akan ada satu hentakan, satu tamparan atau satu teguran daripada Allah yang disampaikan kepada kita dalam berbagai2 bentuk. Sebagai contoh, kadangkala timbul kerisauan di dalam hati, ada kalanya tidak berjaya mendapat apa yang dihajati dan ada kalanya pula Allah menarik kembali apa yang kita telah miliki.
Wahai manusia, itulah bentuk2 peringatan Allah agar kita kembali kepadaNya, supaya kita memperbaharui kembali niat dan iman kita.
Para pembaca sekalian, ketahuilah sesungguhnya langkah pertama bagi penyatuan umat islam mestilah bermula dari hati yang faqih terlebih dahulu. Hati yang memahami matlamat serta tujuan penciptaan alam ini. Ia adalah satu proses yang dipanggil 'inside-out'.
Satu proses yang dimulai dengan hati yang faqih serta faham yang seterusnya akan membekalkan tenaga kepada lidah,kaki, tangan serta seluruh anggota tubuh badan untuk bekerja di jalan Allah. Inilah yang dikatakan dengan proses 'inside-out'.
Hati rohani dalam tubuh badan manusia boleh diumpamakan sebagi stesen janakuasa yang membekalkan tenaga ruhiyy tersebut ke seluruh anggota badan. Dan bagaimana pula dengan bahan bakarnya di stesen janakuasa tersebut???
Ketahuilah bahawa bahan bakar bagi stesen janakuasa tersebut ialah NIAT yang sebenar, NIAT yang hanya diiktiraf di sisi Allah.....iaitu Wallahi(Demi Allah).
Inilah satu2nya 'bahan bakar' bagi hati kita yang diiktiraf oleh Allah azza wa jalla. Dan apabila seorang mukmin telah berjaya memahami dan menghayati fungsi 'bahan bakar' ini, maka dia akan menjadi seorang insan yang hebat.
Hebatnya para sahabat Nabi S.A.W terbit dari hati mereka yang faqih,kemudian barulah lidah yang petah menyampaikan kebenaran,kemudian barulah jasad yang hanya digunakan bagi tujuan syahid di jalan Allah........
'Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan sekalian alam'
Ronda2^^
Selepas berlakunya peristiwa itu, kami pun mengambil semula bagasi2 kami dan memulakan langkah kami menuju ke stesen subway yang berdekatan. Stesen itu terletak di bandar Frankfurt dan kami perlu menaiki bas dari 'airport' untuk ke sana.
Kami kemudiannya menunggu bas di luar untuk ke stesen subway tersebut. Cuaca di luar agak sejuk tetapi tidaklah sesejuk di Russia. Oleh itu, kami masih lagi boleh bertahan kerana telah terbiasa dengan cuaca ekstrim sejuk di Russia yang kadangkala mencapai -40 darjah celcius. Mungkin itulah hikmahnya duduk di negara ekstrim cuaca.
Apabila sebuah bas sampai,kami pun bertanya kepada pemandunya ke manakah destinasi bas ini lalu kami pun diberitahu olehnya bahawa bas tersebut akan berhenti di stesen 'subway' yang kami hendak pergi itu.
Kami pun terus sahaja menaiki bas itu. Kelihatan di dalam bas tersebut agak lengang, penumpangnya sangat kurang. Mungkin tidak lebih 10 orang pada waktu itu. Basnya agak panjang dan luas. Basnya mungkin bersaiz sekali ganda panjang dari bas ekspress di Malaysia.
Sampai sahaja di stesen subway tersebut, kami pun terus membeli tiket untuk ke 'Frankfurt Main Train Station' yang terletak di pusat bandar Frankfurt. Berdekatan dengan 'Main Train Station' itulah terletaknya tempat menunggu bas bagi kami untuk menuju ke 'Ryanair Airport', yang terletak di pinggir bandar Frankfurt. Keesokan harinya, penerbangan kami dijadualkan pada pukul 7 pagi waktu Frankfurt di airport penerbangan tambang murah tersebut.(kalau di M'sia,mcm airport LCCI lar)
Frankfurt Main Train Station, nama sebenarnya ialah Frankfurt 'Hauptbahnhof' ialah sebuah tempat yang sangat cantik dan memenuhi citarasa pengunjung yang meminati bangunan yang tampak versatil dan bercirikan zaman 'neorenaissance' dan 'neoclassicism'. Rekabentuk bangunannya adalah seperti sebuah gudang menyimpan barang yang terbuka. Stesen ini adalah antara stesen yang paling sibuk di Eropah.
'Main Train Station' tersebut dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan. Di situ juga terdapat beraneka jenis restoran, kafe, gerai2 yang menjual 'souvenir' dan juga kedai buku. Stesen ini juga dibina di atas sebuah kawasan yang lapang. Sistem pengudaraan stesen ini memang sepatutnya diberi pujian kerana ia adalah sebuah binaan yang terbuka dan membenarkan udara kotor, asap2 dan sebagainya dibebaskan keluar dengan mudah.
Kami berlima tidak berniat untuk duduk2 dan lepak2 di stesen tersebut kerana dengan masa yang kami ada pada waktu itu, kami bercadang untuk menghabiskannya dengan meninjau2 dan berjalan2 di kawasan bandar Frankfurt yang berdekatan dengan stesen utama tersebut.
Sesudah sahaja kami meletakkan bagasi ke dalam loker2 yang disediakan di stesen tersebut. Kami terus bergegas mencari jalan keluar dari stesen tersebut untuk pergi melihat dan meninjau2 suasana malam di Sungai Frankfurt yang jaraknya hanyalah 'walking distance' sahaja dari stesen itu. Berpandukan peta, kami berjalan kaki ke sana dalam suasana yang malam dan dingin kota Frankfurt.
Romer Square,St. Bartholomeow's Cathedral dan Frankfurt Bridges
Sampai sahaja di sana, kami dapat mendengar bunyi air sungai yang mengalir dalam keadaan yang sangat tenang. Bunyi airnya yang mengalir itu mampu mewujudkan satu 'atmosfera ketenangan' dalam diri seseorang insan. Tambahan pula, dengan suasana air sungai itu yang berkilauan seperti permata pabila diterangi oleh lampu2 jalan mampu menyampaikan satu mesej kepada kami tentang keindahan dan kehebatan alam yang dicipta Allah azza wa jalla.
Sampai sahaja di sana, kami dapat mendengar bunyi air sungai yang mengalir dalam keadaan yang sangat tenang. Bunyi airnya yang mengalir itu mampu mewujudkan satu 'atmosfera ketenangan' dalam diri seseorang insan. Tambahan pula, dengan suasana air sungai itu yang berkilauan seperti permata pabila diterangi oleh lampu2 jalan mampu menyampaikan satu mesej kepada kami tentang keindahan dan kehebatan alam yang dicipta Allah azza wa jalla.
Dari jambatan tempat kami berlima berdiri melayan 'blues' masing2 sambil melihat sungai itu mengalir, kelihatan dalam lebih kurang dalam 5 atau 6 buah jambatan yang menyeberangi sungai Frankfurt. Berbagai2 jenis rekabentuk jambatan telah dibina menyeberangi sungai tersebut. Dari jambatan yang hanya dikhaskan untuk pejalan kaki hinggalah kepada jambatan yang dibina untuk keretapi menyeberanginya.
jambatan ini hanya dikhaskan untuk pejalan2 kaki,
Model:Muizz n Apo
Selepas itu, kami bercadang untuk pergi berjalan2 tepi sungai tersebut sambil makan angin melihat pemandangan bandar tersebut yang mana ketenangannya telah menawan hati kami berlima.
Aku di hadapan St. Bartholomeow's Cathederal
Dengan masa yang telah dikurniakan Allah pada malam itu, kami telah berjalan2 di kawasan sekitar sungai tersebut. Antara tempat2 yang telah kami berjaya lawati ialah 'Romer Square'dan St.Bartholomeow's Cathederal.
Romer Square ialah sebuah kawasan yang berbentuk segiempat yang dikelilingi oleh bangunan2 lama zaman 'medievel'. Ia merupakan salah satu mercu tanda di Frankfurt.
Dalam perjalanan pulang dari tempat2 tersebut, kami telah berjaya menyeberangi Sungai Frankfurt dengan menggunakan jambatan yang hanya dikhaskan untuk pejalan kaki. Suasana malam di Frankfurt agak tenang dan lengang. Pada mulanya kami berasa agak pelik kerana tidak banyak kedai2 di tepi jalan yang buka berniaga malah boleh dikatakan semuanya tutup.
Rupa2nya selepas itu baru kami tahu, bahawa kedai2 itu kesemuanya tutup awal oleh sebab saranan daripada pihak kerajaannya supaya kesemua peniaga2 itu dapat meluangkan masa bersama keluarga dan anak2 di malam hari serta merehatkan diri setelah kepenatan bekerja di siang hari.
Lebih kurang jam 10 malam, kami tiba kembali di stesen utama Frankfurt. Bas untuk ke 'Ryanair Airport' dijangka akan tiba pada jam 10.15 malam(trip terakhir). Tanpa membuang masa, kami terus berlari mengambil bagasi kami di loker2 penyimpanan beg dan terus ke tempat menunggu bas.
Dalam perjalanan ke tempat menunggu bas itu, kami terserampak dengan sepasang suami isteri dari Malaysia. Dalam saat2 yang genting itu, kami sempat lagi berbual2 dan bertanya khabar. Rupa2nya mereka berdua sedang bercuti dan sedang dalam perjalanan mengembara satu eropah(eurotrip). Wahhh, romantik sungguh....haha anak2 semua dah besar lar katakan...
mereka dalam 'eurotrip',mengelilingi eropah.
Tuah menyebelahi kami, isterinya sempat lagi menghadiahkan kepada kami 'strawberries' dan 'chocolate' buat bekalan perjalanan,alhamdulillah.
Malam itu, kami berjaya menaiki bas untuk ke 'Ryanair Airport'. Bas itu juga agak lengang, tidak ramai penumpang.
Akibat keletihan berjalan2 di sekitar bandar tadi, kami berlima telah tertidur sepanjang perjalanan ke 'Ryanair Airport'. Jarak perjalanan antara Frankfurt Main Train Station dan 'Ryanair Airport' boleh dikatakan jauh juga. Bas itu mengambil masa lebih kurang 30-40 minit untuk ke sana, memberikan kesempatan kepada kami untuk tidur lebih lama.
Ryanair Airport
Tiba2,kami tersedar daripada lamunan tidur kami,kelihatan suasana di luar sangat terang bercahaya. Kami telah sampai di 'airport' tersebut.
Dalam keadaan separuh sedar, kami terus mengangkat bagasi masing2 dan bergegas masuk ke dalam 'airport' tersebut bertujuan untuk meneruskan tidur kami yang terganggu itu....
"Dah letih bebenor dah malam tuu".....setelah usai solat jamak qasar maghrib dan isyak,mata kami masing2 telah mengisyaratkan kepada kami supaya cepat2 tidur dan bersedia untuk hari esoknya...
Malam itu kami tidur di airport, pengalaman yang baru bagiku, siap bentang sleeping bag luas2 lagi..
Malam itu juag 2 orang akan berjaga mengikut giliran, khuatir takut berlaku apa2....
Kami tidur dengan nyenyaknya pada malam itu akibat kepuasan berjalan2 di Kota Frankfurt yang tenang dan indah itu.....
Kepenatan.....di airport Ryanair....nyenyak sampai keesokan paginya
Berikut adalah gambar2 kami semasa transit di Frankfurt,
p/s: masih terbayang ketenangan Kota Frankfurt Am Main....^^

