SittahSanah

6 years journey.....

Monday, August 16, 2010

Ep. 3.2: Frankfurt Am Main,Germany

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Suasana di tepi sungai Frankfurt,
Model:Apo

Wallahu ya'lamu wa antum la ta'lamun(2:216).....

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha mengetahui sedangkan kami pula tidak mengetahui apa2 melainkan apa yang Engkau beritakan kepada kami, maka bimbinglah kami dalam perjalanan yang seterusnya..........

Niat
Selepas peristiwa 'kamera' tersebut, kami sedar bahawa kami berjalan bukan sahaja berenam tetapi disertai sekali dan diperhatikan oleh Allah S.W.T. Peristiwa ini sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan di dalam hati kami iaitu hendaklah kita sentiasa menjaga dan memperbaharui niat kami sepanjang perjalanan ini.

Kadangkala, tatkala kita terlampau seronok berjalan2 melihat keindahan sekeliling kita telah terlalai dan terlupa suatu yang amat penting bagi seseorang individu muslim iaitu niat. Niat memainkan peranan yang sangat penting bagi diri seseorang mukmin,

niatlah yang menentukan segala2nya selepas itu,

niatlah yang akan membezakan samada seseorang itu benar2 ikhlas ataupun hanyalah seorang pendusta,

dan niat jugalah yang Allah S.W.T akan nilai terlebih dahulu pada diri setiap hamba2Nya kelak pada hari Perbicaraan nanti.....

Disebabkan itulah, Imam Nawawi rahimahullah telah meletakkan hadis niat yang telah diriwayatkan oleh Abu Hafs, Umar al-khattab sebagai hadis yang pertama di dalam kitab hadis 40 karangan beliau sendiri.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan......

Sesungguhnya bagi seseorang mukmin itu, niat adalah permulaan bagi segala2nya yang selepas itu, ia boleh diumpakan seperti 'jantung' yang berusaha mengepam darah untuk tindakan2 dan langkah2 yang akan diambil seterusnya.

Namun, kita sebagai manusia kadangkala ada naiknya dan ada pula turunnya. Bak kata orang, hidup ini umpama roda dan begitu jugalah iman kita. Tetapi Allah S.W.T itu Maha Memahami dan Maha Pengasih terhadap hamba2nya, Dia akan senantiasa mengingatkan kita agar memperbaharui niat yang telah atau mungkin akan terpesong.

Perhatikanlah setiap detik hidup kita, pasti akan ada satu hentakan, satu tamparan atau satu teguran daripada Allah yang disampaikan kepada kita dalam berbagai2 bentuk. Sebagai contoh, kadangkala timbul kerisauan di dalam hati, ada kalanya tidak berjaya mendapat apa yang dihajati dan ada kalanya pula Allah menarik kembali apa yang kita telah miliki.

Wahai manusia, itulah bentuk2 peringatan Allah agar kita kembali kepadaNya, supaya kita memperbaharui kembali niat dan iman kita.

Para pembaca sekalian, ketahuilah sesungguhnya langkah pertama bagi penyatuan umat islam mestilah bermula dari hati yang faqih terlebih dahulu. Hati yang memahami matlamat serta tujuan penciptaan alam ini. Ia adalah satu proses yang dipanggil 'inside-out'.

Satu proses yang dimulai dengan hati yang faqih serta faham yang seterusnya akan membekalkan tenaga kepada lidah,kaki, tangan serta seluruh anggota tubuh badan untuk bekerja di jalan Allah. Inilah yang dikatakan dengan proses 'inside-out'.

Hati rohani dalam tubuh badan manusia boleh diumpamakan sebagi stesen janakuasa yang membekalkan tenaga ruhiyy tersebut ke seluruh anggota badan. Dan bagaimana pula dengan bahan bakarnya di stesen janakuasa tersebut???

Ketahuilah bahawa bahan bakar bagi stesen janakuasa tersebut ialah NIAT yang sebenar, NIAT yang hanya diiktiraf di sisi Allah.....iaitu Wallahi(Demi Allah).

Inilah satu2nya 'bahan bakar' bagi hati kita yang diiktiraf oleh Allah azza wa jalla. Dan apabila seorang mukmin telah berjaya memahami dan menghayati fungsi 'bahan bakar' ini, maka dia akan menjadi seorang insan yang hebat.

Hebatnya para sahabat Nabi S.A.W terbit dari hati mereka yang faqih,kemudian barulah lidah yang petah menyampaikan kebenaran,kemudian barulah jasad yang hanya digunakan bagi tujuan syahid di jalan Allah........

'Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan sekalian alam'
Ronda2^^
Selepas berlakunya peristiwa itu, kami pun mengambil semula bagasi2 kami dan memulakan langkah kami menuju ke stesen subway yang berdekatan. Stesen itu terletak di bandar Frankfurt dan kami perlu menaiki bas dari 'airport' untuk ke sana.

Kami kemudiannya menunggu bas di luar untuk ke stesen subway tersebut. Cuaca di luar agak sejuk tetapi tidaklah sesejuk di Russia. Oleh itu, kami masih lagi boleh bertahan kerana telah terbiasa dengan cuaca ekstrim sejuk di Russia yang kadangkala mencapai -40 darjah celcius. Mungkin itulah hikmahnya duduk di negara ekstrim cuaca.


Di bawah jambatan Frankfurt....
Apabila sebuah bas sampai,kami pun bertanya kepada pemandunya ke manakah destinasi bas ini lalu kami pun diberitahu olehnya bahawa bas tersebut akan berhenti di stesen 'subway' yang kami hendak pergi itu.

Kami pun terus sahaja menaiki bas itu. Kelihatan di dalam bas tersebut agak lengang, penumpangnya sangat kurang. Mungkin tidak lebih 10 orang pada waktu itu. Basnya agak panjang dan luas. Basnya mungkin bersaiz sekali ganda panjang dari bas ekspress di Malaysia.

Sampai sahaja di stesen subway tersebut, kami pun terus membeli tiket untuk ke 'Frankfurt Main Train Station' yang terletak di pusat bandar Frankfurt. Berdekatan dengan 'Main Train Station' itulah terletaknya tempat menunggu bas bagi kami untuk menuju ke 'Ryanair Airport', yang terletak di pinggir bandar Frankfurt. Keesokan harinya, penerbangan kami dijadualkan pada pukul 7 pagi waktu Frankfurt di airport penerbangan tambang murah tersebut.(kalau di M'sia,mcm airport LCCI lar)

Frankfurt Main Train Station, nama sebenarnya ialah Frankfurt 'Hauptbahnhof' ialah sebuah tempat yang sangat cantik dan memenuhi citarasa pengunjung yang meminati bangunan yang tampak versatil dan bercirikan zaman 'neorenaissance' dan 'neoclassicism'. Rekabentuk bangunannya adalah seperti sebuah gudang menyimpan barang yang terbuka. Stesen ini adalah antara stesen yang paling sibuk di Eropah.

'Main Train Station' tersebut dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan. Di situ juga terdapat beraneka jenis restoran, kafe, gerai2 yang menjual 'souvenir' dan juga kedai buku. Stesen ini juga dibina di atas sebuah kawasan yang lapang. Sistem pengudaraan stesen ini memang sepatutnya diberi pujian kerana ia adalah sebuah binaan yang terbuka dan membenarkan udara kotor, asap2 dan sebagainya dibebaskan keluar dengan mudah.

Kami berlima tidak berniat untuk duduk2 dan lepak2 di stesen tersebut kerana dengan masa yang kami ada pada waktu itu, kami bercadang untuk menghabiskannya dengan meninjau2 dan berjalan2 di kawasan bandar Frankfurt yang berdekatan dengan stesen utama tersebut.

Sesudah sahaja kami meletakkan bagasi ke dalam loker2 yang disediakan di stesen tersebut. Kami terus bergegas mencari jalan keluar dari stesen tersebut untuk pergi melihat dan meninjau2 suasana malam di Sungai Frankfurt yang jaraknya hanyalah 'walking distance' sahaja dari stesen itu. Berpandukan peta, kami berjalan kaki ke sana dalam suasana yang malam dan dingin kota Frankfurt.

Romer Square,St. Bartholomeow's Cathedral dan Frankfurt Bridges
Sampai sahaja di sana, kami dapat mendengar bunyi air sungai yang mengalir dalam keadaan yang sangat tenang. Bunyi airnya yang mengalir itu mampu mewujudkan satu 'atmosfera ketenangan' dalam diri seseorang insan. Tambahan pula, dengan suasana air sungai itu yang berkilauan seperti permata pabila diterangi oleh lampu2 jalan mampu menyampaikan satu mesej kepada kami tentang keindahan dan kehebatan alam yang dicipta Allah azza wa jalla.


Romer Square, Mercu Tanda Frankfurt....
Dari jambatan tempat kami berlima berdiri melayan 'blues' masing2 sambil melihat sungai itu mengalir, kelihatan dalam lebih kurang dalam 5 atau 6 buah jambatan yang menyeberangi sungai Frankfurt. Berbagai2 jenis rekabentuk jambatan telah dibina menyeberangi sungai tersebut. Dari jambatan yang hanya dikhaskan untuk pejalan kaki hinggalah kepada jambatan yang dibina untuk keretapi menyeberanginya.


Berteduh di salah sebuah jambtan Frankfurt,
jambatan ini hanya dikhaskan untuk pejalan2 kaki,
Model:Muizz n Apo

Selepas itu, kami bercadang untuk pergi berjalan2 tepi sungai tersebut sambil makan angin melihat pemandangan bandar tersebut yang mana ketenangannya telah menawan hati kami berlima.


Aku di hadapan St. Bartholomeow's Cathederal

Dengan masa yang telah dikurniakan Allah pada malam itu, kami telah berjalan2 di kawasan sekitar sungai tersebut. Antara tempat2 yang telah kami berjaya lawati ialah 'Romer Square'dan St.Bartholomeow's Cathederal.

Romer Square ialah sebuah kawasan yang berbentuk segiempat yang dikelilingi oleh bangunan2 lama zaman 'medievel'. Ia merupakan salah satu mercu tanda di Frankfurt.

Dalam perjalanan pulang dari tempat2 tersebut, kami telah berjaya menyeberangi Sungai Frankfurt dengan menggunakan jambatan yang hanya dikhaskan untuk pejalan kaki. Suasana malam di Frankfurt agak tenang dan lengang. Pada mulanya kami berasa agak pelik kerana tidak banyak kedai2 di tepi jalan yang buka berniaga malah boleh dikatakan semuanya tutup.

Rupa2nya selepas itu baru kami tahu, bahawa kedai2 itu kesemuanya tutup awal oleh sebab saranan daripada pihak kerajaannya supaya kesemua peniaga2 itu dapat meluangkan masa bersama keluarga dan anak2 di malam hari serta merehatkan diri setelah kepenatan bekerja di siang hari.

Lebih kurang jam 10 malam, kami tiba kembali di stesen utama Frankfurt. Bas untuk ke 'Ryanair Airport' dijangka akan tiba pada jam 10.15 malam(trip terakhir). Tanpa membuang masa, kami terus berlari mengambil bagasi kami di loker2 penyimpanan beg dan terus ke tempat menunggu bas.

Dalam perjalanan ke tempat menunggu bas itu, kami terserampak dengan sepasang suami isteri dari Malaysia. Dalam saat2 yang genting itu, kami sempat lagi berbual2 dan bertanya khabar. Rupa2nya mereka berdua sedang bercuti dan sedang dalam perjalanan mengembara satu eropah(eurotrip). Wahhh, romantik sungguh....haha anak2 semua dah besar lar katakan...


Kami bersama pasangan suami isteri dari Malaysia,
mereka dalam 'eurotrip',mengelilingi eropah.

Tuah menyebelahi kami, isterinya sempat lagi menghadiahkan kepada kami 'strawberries' dan 'chocolate' buat bekalan perjalanan,alhamdulillah.

Malam itu, kami berjaya menaiki bas untuk ke 'Ryanair Airport'. Bas itu juga agak lengang, tidak ramai penumpang.

Akibat keletihan berjalan2 di sekitar bandar tadi, kami berlima telah tertidur sepanjang perjalanan ke 'Ryanair Airport'. Jarak perjalanan antara Frankfurt Main Train Station dan 'Ryanair Airport' boleh dikatakan jauh juga. Bas itu mengambil masa lebih kurang 30-40 minit untuk ke sana, memberikan kesempatan kepada kami untuk tidur lebih lama.

Ryanair Airport
Tiba2,kami tersedar daripada lamunan tidur kami,kelihatan suasana di luar sangat terang bercahaya. Kami telah sampai di 'airport' tersebut.

Dalam keadaan separuh sedar, kami terus mengangkat bagasi masing2 dan bergegas masuk ke dalam 'airport' tersebut bertujuan untuk meneruskan tidur kami yang terganggu itu....

"Dah letih bebenor dah malam tuu".....setelah usai solat jamak qasar maghrib dan isyak,mata kami masing2 telah mengisyaratkan kepada kami supaya cepat2 tidur dan bersedia untuk hari esoknya...

Malam itu kami tidur di airport, pengalaman yang baru bagiku, siap bentang sleeping bag luas2 lagi..

Malam itu juag 2 orang akan berjaga mengikut giliran, khuatir takut berlaku apa2....

Kami tidur dengan nyenyaknya pada malam itu akibat kepuasan berjalan2 di Kota Frankfurt yang tenang dan indah itu.....

Kepenatan.....di airport Ryanair....nyenyak sampai keesokan paginya

Berikut adalah gambar2 kami semasa transit di Frankfurt,


Frankfurt Main Train Station












Tune in next episode insyallah....Ep. 4:Barca!!!
p/s: masih terbayang ketenangan Kota Frankfurt Am Main....^^

Thursday, August 12, 2010

Ep. 3.1: Frankfurt Am Main,Germany

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,


Model-model diimport dari Nizhny Novgorod ke Frankfurt,
lokasi:di hadapan sungai Frankfurt


Wah, aku bakal tiba di Frankfurt tak lama lagi, aku bermonolog sendirian sementara rakan2ku dan seniorku sedang nyenyak tidur sedangkan aku sudah terjaga dari tidurku awal2 lagi disebabkan perasaan teruja yang teramat sangat kerana mendapat peluang untuk pergi 'singgah' ke negara orang di usia yang muda ini.

Flight dari Moscow ke Frankfurt tidak memakan masa yang lama, lebih kurang dalam 2-3 jam sahaja. Hal ini adalah kerana kedudukan Germany yang berada berdekatan dengan Russia. Tetapi disebabkan kepenatan perjalanan menaiki tren dari Nizhny ke Moscow sebelum ini, masa yang ada dalam perjalanan ke Frankfurt itu kami gunakan sebaik2nya untuk merehatkan badan

Frankfurt Am Main bukanlah destinasi 'Jaulah' kami tetapi hanya sekadar tempat pertukaran flight, tempat kami 'transit' untuk kami menukar kapal terbang kepada 'Ryanair' supaya kami dapat meneruskan perjalanan kami ke Barcelona,Spain.

Namun begitu, waktu 'flight' kami dari lapangan terbang persendirian Ryanair yang terletak di kawasan pinggiran bandar Frankfurt adalah pada pukul .......,keesokan harinya. Oleh itu, kami mempunyai masa yang panjang untuk meninjau2 suasana dan keadaan bandar Frankfurt dan di samping itu juga, kami terpaksa bermalam di Airport 'Ryanair' tersebut kerana hendak menunggu waktu 'flight' keesokan harinya dan atas dasar berjimat supaya kami tidak mengeluarkan wang lebih untuk penginapan. Ini menjadi satu pengalaman baru kepadaku kerana pertama kali tidur di 'airport'...

KAMERA, Satu Peringatan dari Allah
Alhamdulillah, setelah kapal terbang berjaya membuat pendaratan dan 'parking' di tempatnya dengan sempurna. Kami terus bergegas keluar darinya untuk menuju ke tempat mengam bagasi.

Dalam perjalanan menuju ke tempat imigresen, kami telah ditahan oleh pihak berkuasanya kerana dikatakan kami kelihatan mencurigai. Jadi, kami telah diminta untuk mengeluarkan 'passport' masing2 dan telah ditanya berbagai2 soalan berkaitan tujuan kami melawati negara ini.

Lepas saja soal siasat 'random' itu, kami terus berlari menuju ke tempat imigresen supaya kami dapat pengesahan untuk memasuki negara ini. Berbeza sekali dengan imigresen Russia, imigresen di Frankfurt kelihatan mesra dan ramah, ye lar...lain orang lain ragam,lain negara lain prinsip(peribahasa sendiri).

Habis sahaja kedatangan kami disahkan oleh imigresen, kami berlari2 anak ke tempat mengambil bagasi dan pada waktu itu aku dan rakan2 'first year'ku yang lain berjaya sampai awal ke tempat tersebut.

Kemudian aku bertanya kepada mereka, "Mana abg azli ngan abg Hafiz?"

"Tak tahu rr, diorang lambat sket kot kat imigresen tuu,"mereka menjawab

Selepas itu, kelihatan Azli dan Hafiz datang menuju ke tempat mengambi, bagasi. Air muka Azli kelihatan terdapat sedikit kelainan, semacam ada sedikti keresahan yang cuba disembunyikan di sebalik air mukanya itu. Kemudian dia berkata kepada kami dengan tenang,

"Rasa2nya saya tertinggal kamera saya dalam 'flight' tadi rr,"... terkejut kami mendengarnya....

"Ehh betul ke bang??!!! Cuba try cari dulu dalam beg ni,"salah seorang daripada kami berkata

Tanpa membuang masa, kami pun membuka zip begnya dan membantunya mencari kamera tersebut bersama......semua zip kami buka, dan semua tempat telah kami selongakari....namun..

Malang tidak berbau, kami tidak menjumpainya di dalam beg tersebut. Perasaan sedih bercampur geram akibat tidak berjaya menjumpainya menusuk ke dalam 'qalb' kami. Tidak mengapa, kami berkata kepada diri masing2,masih ada berbagai2 alternatif lagi yang masih boleh gunakan.

Tetapi sebelum itu, sifat tawakal itu haruslah kami tanamkan dulu dalam diri kami ini, berbeza dengan kata2 orang biasa,"Ala dah habis usaha baru lar tawakal".Tetapi bagi kami tidak, awal2 lagi kami dah menanamkan sifat ini dengan terus menunaikan solat 'zuhur' di kawasan menunggu penumpang di dalam airport tersebut tanpa kelam-kabut mencarinya mahupun memikirkan tentangnya sedangkan kami masih ada urusan yang lebih penting iaitu 'As-Solah'.

Usai sahaja solat, kami memanjatkan doa dan sepenuh tawakal kepada Allah azza wa jalla Maha Pemilik segala2nya supaya dimudahkan urusan kami untuk mencari dan menjumpainya.

Usaha kami yang seterusnya ialah kami pergi ke kaunter pertanyaan 'airport' tersebut untuk melaporkan tentang kehilangan barang senior kami yang tertinggal di dalam 'flight' sebelumnya. Dan apa yang membuat kami kagum sangat dengan pekerja2 di kaunter pertanyaan tersebut ialah kami mendapat respons yang sangat memuaskan, nampak seperti dia bersungguh2 mahu menolong kami.

Dia telah memberikan nasihat kepada kami supaya terus pergi ke kaunter syarikat penerbangan yang kami naiki sebelum ini untuk melihat jikalau ia masih dibuka untuk para penumpang menaikinya kerana kami diberitahu bahawa 'flight' itu akan berpatah balik ke Moscow dalam beberapa detik masa sahaja lagi.

Kami berlari ke sana namun malangnya bagi kami, kaunter itu sudah tutup. Tanpa berlengah lagi, kami pun berlari semula ke kaunter pertanyaan tersebut,harap2 ada lar alternatif lain.

Dek kasihankan kami dan memahami perasaan kami, pekerja di situ pun meminta tolong rakannya untuk menelefon pihak bertanggungjawab yang sedang berada di dalam 'flight' tersebut untuk menanyakan jikalau ada terjumpa sebuah kamera tak di salah satu tempat duduk 'flight' tersebut.

Lama juga kami menunggu respons daripada pihak di atas 'flight' tersebut. Agak2nya dia pergi mencari kamera tu.....

"Kami minta maaf banyak atas apa yang berlaku, kami dah cuba tetapi pihak 'flight' mengatakan bahawa mereka tidak menjumpainya,"kata pekerja itu di dalam bahasa inggeris,

....itulah jawapan yang kami terima....

Kecewa kami mendengarnya, kami telah cuba sedaya upaya, berlari ke sana sini, berjumpa dengan pelbagai pihak.....namun jika sesuatu perkara itu masih tidak mendapat keizinan Allah untuk ianya berlaku....ia tetap tidak akan berlaku, Allah mengatahui apa yang kita tidak ketahui,

Ibrah....

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(2:216)

Popular ayat ini, banyak kali disebut2 ayat ini di bibir2 orang islam, namun masih ramai yang sukar mengamalkannya. Dan pada hari itu, inilah ayat yang hidupkan di dalam hati kami. Mungkin hari ini, abg Azli hilang kamera, esok lusa siapa tahu siapa pulak yang hilang barang lain. Malah bukan sahaja barang yang boleh hilang secara tiba2,'nyawa' pun boleh melayang tanpa disedari.

Sepanjang perjalanan ini, awal2 lagi kami sudah mendapat peringatan daripada Allah S.W.T, bukannya setakat peringatan untuk menjaga barang, berhati2 dengan pencuri atau perompak tetapi satu peringatan yang jauh lebih bernilai dari itu, iaitu peringatan "kita adalah hambaNya dan kami sentiasa ridha akan keputusanNya"

dan insyallah akan kami sematkan ia di hati kami senantiasa, ya Allah.....

"Apakah manusia mengira bahawa akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"(29:2)

wallahualam^^...


Sejenis pokok unik di Frankfurt

to be continued, in next episode insyallah...

Tuesday, August 10, 2010

Couple :The Chain of Sins

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.....


Baiklah sebelum kita melanjutkan diri ke dalam topik perbincangan. Kita semua telahpun mengetahui bahawa isu couple ini adalah satu isu yang lapuk, yang lama, dan yang paling mengecewakan walaupun ia adalah satu isu yang telah 'lama' melanda masyarakat islam zaman kini baik di Malaysia sendiri mahupun di negara2 lain...fenomena bercouple ini telah menjadi suatu kebiasaan, suatu keperluan, suatu yang 'harus' bahkan boleh kata 'wajib' bagi remaja2 zaman kini.....

Bahkan dek kerana kebosanan dan kelesuan kita terhadap isu ini, kita telah menjadi 'malas' untuk mengambil tindakan ke atas fenomena mungkar ini dan seterusnya membiarkan ia menjadi sebagai satu virus yang merebak dengan 'liar'nya dan menjangkiti serta merosakkan hati2 para pemuda islam akhir zaman ini baik laki2 mahupun perempuan

Lebih menyedihkan, ada pula sesetengah golongan yang konon2nya mengaku memperjuangkan islam telah turut sama terjebak dalam fenomena dan telah berjaya membantu untuk mewujudkan satu terma baru iaitu 'couple islami', yang sepatutnya kalau diikutkan dengan logik 'iman', ia adalah satu perkara yang bidaah kerana telah meng'islamisasi'kan suatu kemungkaran yang NYATA dek kerana ingin memenuhi tuntutan nafsu masing2.

Insyallah dalam artikel ini, isu yang ingin saya utarakan lebih ke arah fenomena 'couple islami' ini kerana mungkin kalau dibincangkan di sini tentang isu 'couple yang bukan islami', itu mungkin bagi majoriti pihak umat islam sudah terang-terangan 'HARAM'. Oleh itu dalam post ini, ingin saya kupaskan tentang fitrah manusia, akibat fitrah disalurkan ke tempat yang salah dan Janji Iblis....

Fitrahnya
Di dalam kitabul 'furqan' surah Ali-Imran ayat ke-14, Allah telah berfirman maksudnya,

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak......(3:14)"

Baiklah para pembaca sekalian, saya berpendapat bahawasanya majoriti pihak mesti bersetuju dan memahami mengapa Allah S.W.T meletakkan perempuan-perempuan dahulu sebelum perkara2 yang lain sebagai satu perkara yang paling berpotensi untuk menimbulkan keindahan dan perasaan cinta dalam diri manusia(laki2) itu sendiri....kerana itulah fitrah yang sebenarnya, kerana itulah 'software' yang telah diprogramkan oleh Allah S.W.T ke dalam kalangan hamba2Nya yang bergelar lelaki dan begitu juga sebaliknya bagi hamba2Nya yang perempuan....tidak dinafikan perasaan ingin berkasih sayang yang makin bergelora dalam diri itu, tidak salah jika mempunyai perasaan 'cinta' terhadap individu yang berlawanan jantina kerana ia PASTI akan berputik jua di dalam diri manusia itu....sebagaimana firman Allah di atas....tetapi sejauh manakah kita mampu mengawal diri ini untuk menyalurkan perasaan suci kurniaan Allah ini ke arah jalan yang Haq????

Dalam sebuah hadis Nabi S.A.W,

"Aku tidak akan tinggalkan di belakangku suatu ujian yang lebih menggoda bagi kaum laki2 melainkan wanita-wanita"

Sudah terang lagi bersuluh, perasaan 'cinta' di antara dua jantina yang berlawanan pasti akan berputik di dalam diri hamba2Nya kerana itu adalah sunnatullah....suatu ketetapan Allah ke atas hamba2nya baik yang beriman ataupun kufur.

Konklusinya, hal ini hendaklah difahami oleh semua pihak bahawa inilah fitrah yang sebenarnya, bak kata orang "standard rrr suka perempuan" bagi yang laki2 dan begitu juga sebaliknya. Yang tak "standard"nya ialah mempunyai hawa nafsu terhadap yang sama jantinanya(berhati2 kerana mungkin berlaku).

Jadi inilah antara norma2 kehidupan yang Allah telah sediakan bagi hamba2Nya di muka bumi ini, lelaki mencintai perempuan dan perempuan mencintai lelaki....indah sekali bunyinya, penuh dengan kasih sayanglah dunia ini jikalau perasaan itu disalurkan di atas jalan yang haq dan bukannya jalan batil. Baginda S.A.W juga mencintai dan menyayangi kaum Hawa, sabdanya "Hidup ini adalah satu nikmat, dan nikmat yang terbaik ialah isteri yang solehah"

Tetapi sebelum kita melanjutkan lagi perbincangan ini......perhatikanlah hadis Nabi S.A.W di atas ("suatu ujian yang lebih menggoda").....renung2kanlah dengan mendalam dan hayatilah maksud hadis ini kerana boleh jadi perasaan fitrah ini, norma kehidupan ini, sunnatullah ini....menjadi suatu UJIAN bagi diri kita.....

Pabila 'Fitrah' Kehidupan ini Disalurkan ke Arah Kebatilan
Pada hari Ahad yang lepas, aku bersama 2 orang rakanku telah pergi ke PC Fair yang telah diadakan di Pusat Konvensyen KLCC. Ramainya manusia yang pergi ke sana umpama semut2 yang mengeremuni sisa2 makanan yang terjatuh bahkan mungkin lebih ramai daripada itu sampai kami bertiga terpaksa berhimpit2 untuk pergi ke Pusat Konvensyen tersebut

Sebelum kami bertiga sampai di Pusat Konvensyen itu, salah seorang daripada rakanku hendak pergi mengeluarkan duitnya di mesin ATM Maybank yang terletak di tingkat bawah bangunan Suria KLCC di tepi lorong yang menuju ke Pusat Konvensyen tersebut. Sambil2 menunggu dia mengeluarkan duitnya, aku dan seorang lagi rakanku menunggu di luar bank itu sambil memerhatikan ribuan manusia yang lalu-lalang, berasak-asakan,berulang-alik dari Pusat Konvensyen ke Suria KLCC,lalu tiba2 rakanku pun berkata,

"Wei shah, dunia ni dah nak kiamat dah...,"katanya sayu.

Aku pun bertanya,"Kenapa hang cakap macam tu?"

"Cuba hang perhati, budaya ber'couple' sekarang dah menjadi macam satu perkara biasa dalam masyarakat akhir zaman,kalau zaman dulu2 susah sangat nak tengok seorang laki2 dengan seorang perempuan naik motor bersama, pergi dating kat taman2, pegang tangan apatah lagi....tapi zaman sekarang huh!! nak bezakan antara pasangan yang dah berkahwin dengan yang masih belum pun susah!!!!"

Benar katanya, jikalau dahulu, nak cari sepasang pasangan kekasih yang masih belum ada ikatan perkahwinan untuk keluar bersiar2 bersama amatlah sukar(x percaya??tanyalah datuk dan nenek sendiri) tetapi sekarang pasangan2 seperti itu tumbuh dengan suburnya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, dan ia telah menjadi seperti satu budaya dan satu kebiasaan kepada masyarakat remaja zaman kini.

Dan mungkin juga fenomena seperti ini akan berlanjutan dan berevolusi ke bentuk seterusnya iaitu berzina pula yang akan dijadikan sebagai salah satu norma kehidupan masyarakat masa akan datang. Bayangkanlah kalau berzina jadi satu perkara normal??? naudzubillahi min zaalik....apakah dunia ini sudah mahu kiamat???

Terkilan juga aku mendengarnya, tapi BENAR apa yang dikatanya tetapi apa yang lebih menyedihkan dan menyayat hati,adalah apabila aku mendengar cerita rakanku tadi sewaktu aku menziarahinya di UKM, sehari sebelum kami pergi ke PC Fair itu, ceritanya berbunyi begini.....

"Hang nak tau tak shah, ada lar satu hari tuu, aku usha(tengok2) lar handset kawan aku, saja2 nak tengok....sekali hang tau apa aku jumpa dalam handset dia???" dia bertanya kepadaku

Bukan gambar2 kotor, bukannya porno dan yang pastinya bukan gambar2 perempuan yang tiada martabat....tetapi lebih teruk daripada itu,

"Apa yang hang jumpa Fauzi?"aku bertanya kembali,

"Aku jumpa gambar perempuan yang xpakai tudung, awek dia...dan yang sebenarnya aku terkejut dan rasa sangat2 terkilan sebab aku pernah nampak perempuan tuu, pernah berselisih dengan perempuan tuu dan cara dia berpakaian masa berada kat luar memang mengagumkan aku. Tutup semua, tudung labuh, siap pakai handsocks lagi tuu. Aduhhh, xtau lar apa nak jadi....bukan setakat 'couple' siap bukak aurat lagi..." dia menceritakan kepadaku

Sedih dicampur dengan rasa tergamam mendengar cerita tersebut, lalu aku pun berkata kepadanya,

"Aku pun xtau nak kata apa lagi fauzi.....nampak gayanya handsocks dan tudung labuh bukan lagi ukuran nak cari pasangan zaman sekarang ini....yang boleh kita nilai sekarang tinggal hati saja lar, dan yang tu lar paling susah sebenarnya...."

Fenomena budaya ber'couple' ini telah menjadikan pelbagai jenis individu tidak terkecuali yang mempunyai latar belakang agama yang kukuh sebagai mangsanya,

"Ala,nampak jer dia tu berlebai, pandai bagi tazkirah, bagi ceramah...tapi dengan perempuan hanyut jugak..."

"Eleh nama jek tudung labuh, padahal baru semalam keluar dengan pakwe die berdua2 dalam kereta,sama jek kita ngan dia...xpayah nk tunjuk alim rr"

Naudzubillah...apa yang telah terjadi dengan generasi pemuda umat islam zaman kini?? Apakah jenis fitnah yang telah melanda anak2 muda islam zaman kini?? Kekeliruan pasti akan timbul dalam hati kita apabila kita melihat generasi pemuda yang kononnya ingin memperjuangkan islam pun akhirnya terjebak dengan gejala kemungkaran ini.....

Yang mana satu pihak yang benar dan yang mana satu yang salah??? Semua pihak baik yang 'agama'nya mahupun tidak sudah terjebak dengan gejala ini.......inilah dia kesan ataupun akibat yang terjadi pabila fitrah kehidupan kita disalurkan ke jalan kebatilan, inilah dia PEMANGSA yang menjadikan berbagai2 jenis manusia sebagai mangsanya....fitrah yang diciptakan Allah S.W.T yang asalnya suci akhirnya dikotori dan digelapkan cahaya kesuciannya pabila disalurkan ke arah kebatilan....

Bagaimanakah umat islam mahu bangkit kembali jikalau begini keadaannya, Ya Allah????

Janji Iblis
"Ehh mane ade aku 'couple', aku cuma caring kat die jek,cuma ambil berat pasal dia...selama ni x pernah lagi aku pergi dating, keluar bersiar2 dengan dia...just sms je,call pun x pernah.."

Mungkin kita dah banyak kali mendengar alasan seperti ini daripada rakan2, sahabat handai ataupun saudara mara yang cuba menafikan 'sesuatu', mungkin ayatnya tak sama tapi maksud yang disampaikan ialah 'caring towards someone'. 'Someone' yang dicintai dan disayangi lah senang cerita.

Memang benar dan memang tidak dinafikan sifat 'caring' dan berkasih sayang sesama insan itu amatlah dituntut oleh islam kerana terdapat hadis Nabi S.A.W menyatakan bahawa umat islam ini adalah seperti satu tubuh badan, jikalau satu bahagian sakit maka satu tubuh badan itu akan merasai kesakitannya.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang” Surah Maryam , 96

Memang benar kita digalakkan untuk berkasih sayang antara satu sama lain, bersikap 'caring' terhadap saudara kita sendiri, tetapi apa yang menjadi kesilapannya ialah alasan untuk ber'kasih sayang' itu telah disalahgunakan. Alasan itu telah digunakan untuk satu situasi kemungkaran yang nyata haramnya di sisi islam.

Fikir2kanlah mengapa Allah S.W.T berfirman,

"Dan janganlah kamu mendekati zina;itu sungguh satu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk"(17:33)

Allah S.W.T berfirman 'janganlah kamu mendekati zina" maksudnya janganlah kita mengambil langkah pertama ataupun 'first step' untuk berzina. Dan kebiasaannya 'first step' ini adalah langkah2 yang kecil, yang mudah untuk dilakukan, tidak terus2 terjun ke dalam lembah zina. Satu langkah yang samar dan yang tidak berapa jelas jikalau dilihat oleh manusia lain.

Contohnya seorang lelaki yaang menggunnakan alasan "aku caring terhadapnya" semata2 untuk mengurat ataupun memikat seorang perempuan, dan perempuan itu pula secara tanpa usul periksa telah mempercayai kata2 manis lelaki tersebut. Inilah lanngkah pertama....kecil dan nampak macam tidak berdosa pun....iaitu mengambil berat terhadapnya,mula berhubung secara kecil2an....

Namun akibat tipu daya syaitan, ia berubah 'step by step' ke suatu yang lebuh besar dan jelas perlakuannya...

Selepas itu, daripada perasaan "I care about U" tersebut lahirlah pula bait2 cinta "I love U", "Ikhlas ni saya sayang awak","I cintakan U selamanya".

Dan kemudiannya hasil evolusi perasaan 'caring' dan 'cinta', lahirlah pula seorang insan yang tidak berdosa, yang suci tetapi merupakan hasil daripada 'dosa' pasangan tersebut, yang kemudiannya dilayan seperti sampah kerana ditempatkan di dalam tong sampah.

Perhatikanlah.....daripada satu langkah pertama yang kecil dan pada mulanya nampak dihiasi dengan niat yang baik....hingga kepada suatu pengakhiran yang keji,yang jijik dan yang paling dahsyat sekali dosanya....sehingga melibatkan nyawa seorang insan yang baru lahir ke dunia ini tetapi telahpun dilayan seperti SAMPAH!?!?!

Wahai para pembaca sekalian.......apakah ini 'caring' yang kita agung2kan?????!!!!

Tidak salah 'caring' tapi biarlah ia di jalan yang BENAR kerana sesunggunya Syaitan itu tanpa berputus asa cuba sedaya upaya untuk menyesatkan kita. Bersungguhnya mereka ini boleh diperhatikan dengan janji Iblis laknatullah dengan Allah S.W.T,

"Ia (iblis) berkata,"Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,"(15:39)

Tampak indah sungguh perasaan kasih sayang ini... tampak mulia sungguh 'caring' dia kepadaku.. rasa manis sungguh cinta kami berdua....

Sebenarnya itulah JANJI IBLIS......naudzubillahi min zaalik....wahai pembaca sekalian, sedarlah....

Ayat itu diteruskan,

"kecuali hamba-hamba Mu yang terpilih di antara mereka"(15:40)

Jauhilah kita daripada janji iblis ini kerana sesungguhnya ia hanya akan mengundang azab yang terus akan memadamkan memori kita tentang keindahan sementara itu, jadilah kita insan yang terpilih itu, walaupun hidup kita tak dihiasi dengan janji2 'indah' iblis yang PALSU.....

Teruskanlah berkasih sayang kerana ianya wajib tetapi pastikanlah betul waktu dan tempatnya kerana mungkin jarum2 halus iblis boleh menembusi hati yang imannya senipis kulit bawang sahaja kalau salah 'timing'nya.

Bagi lelaki yang belum berkahwin, berkasih sayanglah sesama saudara laki2mu dahulu,kongsilah masalah bersama, mereka saling dan sedia membantu dan begitu juga dengan perempuan. Hal ini bagi mengelakkan jarum2 iblis itu untuk menusuk qalbu kita, hingga akhirnya kita tak dapat lari dari kitaran maksiat ini....

Bagi yang dah berkahwin, alhamdulillah kamu telah memperoleh yang halal, berkasih sayanglah sebagai suami isteri...^^





Binalah baitulmuslim dengan kasih sayang tersebut, yang akan melahirkan generasi individu muslim yang faqih yang terhindar daripada budaya 'mungkar' ini....Allahuakbar!!!

to be continued....insyallah^^ in Couple:The Chain of Sins 2,insyallah dalam post seterusnya akan mengupaskan tentang ghazwul fikr sebagai faktor kepada gejala ini,al-wahn,solusi kepada masalah ini dan siapakah kita wahai pemuda dan tanggungjawab pemuda....serta mengapa post ini diberi tajuk Couple:The Chain of Sins

p/s: Jangan salah faham bukan tak boleh suka lelaki perempuan kerana itu adalah fitrah....tetapi biarlah betul jalannya sehingga kita terhindar daripada tipu daya iblis laknatullah.....

Tuesday, July 27, 2010

Inter-episode 1:Ujian dan Dugaan, The Unseen Mechanism of Allah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.....


NB!!!Post ini ialah satu inter-episode, maksudnya 'between' ataupun antara satu episod dengan episod yang lain. Tujuannya tak lain tak bukan hanyalah untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih sistematik. Maksudnya di sini, satu inter-episode dicipta adalah untuk menyampaikan satu mesej ataupun satu idea kepada para pembaca blog ini tentang episod2 yang seterusnya. Ia bertujuan untuk membuka minda para pembaca tentang episod2 yang akan ditulis selepas ini.....enjoyyy^^


Gambar hanya sekadar penghayatan...

Maksudnya:

Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp]

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Sepanjang Jaulah kami ini juga, kami telah menghadapi dan menempuhi pelbagai jenis ujian yang mendatang yang hasilnya telah berjaya mematangkan diri kami untuk menjalani kehidupan ini. Antara contoh ujian yang dapat aku nyatakan di sini adalah seperi berikut:

  • Demam, tidak sihat tubuh badan

  • Kehilangan kamera

  • Kehilangan laptop dan barang2 berharga yang lain

  • Menghilangkan barang yang telah dipinjam dari orang lain

  • Kehilangan wallet dan kad bank

  • Terpaksa melayan berbagai2 kerenah manusia sewaktu dalam perjalanan

  • etc...
Ujian itu mengikut ukuran keimanan seseorang:

Fokus yang saya ingin tekankan dalam post ini bukanlah jenis2 ujian yang kami hadapi sewaktu dalam perjalanan kerana ianya mungkin tampak kecil dan mudah bagi sesetengah individu yang sedang membaca post ini, lagipun ujian dan dugaan itu diturunkan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya adalah berbeza2 mengikut ukuran keimanan seseorang hamba tersebut. Firman Allah S.W.T :

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Kepentingan Ujian dan Dugaan:

Perhatikanlah ayat di atas dengan sepenuh penghayatan dan pemahaman, Allah berfirman menyatakan bahawa sesungguhnya jika terdapat individu yang senang2 mengaku bahawa dia telah beriman, dia se'wajib'nya diuji dengan sesuatu dugaan terlebih dahulu, barulah imannya itu sah dan di'verified'kan di sisi Allah S.W.T.
Pada zaman kini, mungkin ramai individu2 terutamanya yang muslim tidak sedar akan 'mekanisma' Allah ini. Ujian dan dugaan adalah satu jenis mekanisma yang Allah S.W.T gunakan ke atas hamba2nya untuk mengesahkan, mematangkan dan memperbaharui iman2 hambanya, maka di situlah letaknya kepentingan ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas diri kita.

Oleh itu, tanggapan salah ataupun satu paradigma yang terpesong di dalam masyarakat pada era kejatuhan khilafah ini iaitu ujian itu adalah satu malapetaka, satu tanda kebencian dan ketidakpenerimaan Allah S.W.T terhadap taubat hamba2nya adalah satu pemahaman salah, malah pemahaman ini juga telah berjaya menjauhkan umat islam kini daripada Allah S.W.T. Sebenarnya ia adalah satu mekanisma di mana Allah S.W.T mengasingkan orang-orang yang benar2 beriman dan orang-orang yang benar mendustai kalamullah.

Allah Ya Ghafur Ya Rahim

Amat mustahil bagi Allah yang bersifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang untuk mudah2 saja membenci dan mengazab hamba2nya begitu sahaja. Sedarlah wahai manusia, sesungguhnya pintu taubat tidak pernah tertutup sehinggalah sesuatu jasad itu ke liang lahad, tetapi yang tertutup itu adalah hati dan akalmu....dan sesungguhnya keluasan rahmat pengampunan Allah itu lebih luas daripada kemurkaanNya....perhatikanlah pula hadis di bawah ini...

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Sabar itu Senjata Orang Beriman

Ketahuilah dan sedarlah bahawa Allah itu Maha Penyayang, Dia tidak akan membiarkan diri kita terapung2,terhuyung-hayang dalam menghadapi sesuatu dugaan mahupun ujian. Allah azza wa jalla telah memberitahu, telah menyediakan satu cara ataupun metod untuk menghadapinya iaitu sabar.

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.(rujukan http://www.life-verses.protajdid.com/?p=458)

Nampak mudah, nampak senang....cakap saja boleh rr kn??!!!Cuba rasa sendiri tengok!!!....hehe,itulah jawapan2 biasa yang diterima apabila menasihati seseorang untuk bersabar....kerana majoriti umat islam di dunia ini tidak berapa memahami akan mekanisma Allah ini dan caranya yang telah disediakan kepada hamba2nya untuk menghadapinya. Sabar itu sendiri adalah satu perlakuan, satu akhlak, satu cara pemikiran atau 'mindset' yang Allah azza wa jalla sendiri memandang tinggi perlakuan itu. Perhatikanlah surah ali-imran:200, Allah S.W.T menyatakan di akhir ayat tersebut...."supaya kamu beruntung"....

Sabar itu sendiri adalah keuntungan, keuntungan kalau diertikan dari segi makna bisnesnya adalah merupakan kejayaan atau kemenangan. Jadi, saya ingin mempersoalkan di sini, adakah sabar ini satu perkara yang remeh,yang hanya boleh senang2 saja dipandang rendah oleh sebilangan daripada kita....tidak, jawapannya tidak!!!

Perhatikanlah dalil2 seterusnya mengapa sabar itu bukanlah satu perlakuan yang harus dipandang remeh oleh umat islam zaman kini,

Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

Sabar bukanlah satu perkara yang boleh dipersenda2kan, diperlekeh2kan, ataupun dipandang remeh sehingga mengabaikan sebagai satu cara untuk mengahadapi liku2 kehidupan....ia adalah sunnah para nabi....

Kesimpulannya

Konklusinya di sini ialah tak lain tak bukan bersabarlah dalam menghadapi ujian, tetapi....hehe ada tetapi....untuk bersabar bukanlah seperti menekan suis lampu dan kemudiannya lampu itu terus terpasang menerangi sesuatu kawasan, tetapi bersabar itu adalah atsar dari Umar al-khattab :

Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157).

Apakah maksud tersirat daripada atsar ini??? Apakah maksud tersirat daripada kalimah(inna lillahi wa inna ilaihi raji'un) yang senantiasa diucapkan orang yang bersabar???

Maksudnya......orang yang ber'sabar' itu...ialah mereka2 yang mempunyai iman yang setebal gunung di dadanya....orang yang ber'sabar' hanyalah mereka yang menafikan kepercayaan mereka terhadap makhluk lain,manusia lain, berhala2,semangat2 ataupun roh, kepercayaan2 karut, mahupun individu yang di'cintai' sekalipun.....melainkan kepercayaan itu disandarkan kepada Allah S.W.T

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]





NB!!! Peringatan, diminta para pembaca tidak salah faham dengan maksud dugaan dan ujian. Mengenai dugaan dan ujian, ianya boleh berlaku dalam 2 bentuk kesenangan mahupun kecelakaan,ia tidak semestinya ditakrifkan sebagai kecelakaan sahaja, jadi beringat2lah....
Sesungguhnya orang yang lebih dicintai Allah itu,diberikan olehNya kefahaman yang mendalam terhadap 'deen'nya...JADILAH ORANG YANG SABR,JADILAH ORANG YANG DICINTAI ALLAH,JADILAH ORANG YANG DIBERI KEFAHAMAN OLEHNYE TERHADAP AGAMANYA^^....sekian, wallahualam.....


Ep. 2: Moskva(Moscow)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....

Ketika di stesen metro(subway) bawah tanah Moscow......aku photographernya...

Tupp!!! Lampu gerabak dipasang, suasana menjadi terang di dalam gerabak. Aduh, susahnya nak buka mata ni, mungkin kerana semalam ak tidur lewat. Aku pun cuba menggagahkan diri aku untuk bangun, lalu aku melihat bahawa penumpang2 lain telahpun siap duduk dan menikmati 'breakfast' mereka di tempat duduk masing2. Azli dan Muizz pun telah siap bangun, manakala Amiir masih tidur nyenyak di katilnya. Hafiz dan Apo, aku tidak pasti pada waktu itu, samada mereka telah bangun ataupun tidak kerana tempat duduk mereka agak jauh dari kami berempat.

Jam di 'handphone' menunjukkan pukul 5.30 pagi, dan tren kami sudah berada di dalam kawasan Moscow dan hampir tiba ke destinasinya. Namun begitu, suasana di luar masih lagi gelap-gelita seperti malam hari(disebabkan winter siang lambat). Persoalan pertama yang masuk ke minda kami setelah bangkit daripada tidur ialah......hmmmm, mana nak solat subuh nih?????!!!!!

Tentang waktu solat di Moscow, kami telahpun diberitahu oleh rakan2 kami di Moscow(lebih kurang Nizhny jer, pukul 8 pagi habiss). Untuk memudahkan kami untuk solat kemudian, kami pun mengambil wuduk siap2 di dalam tandas gerabak supaya tiba di Moscow nanti, tak perlulah untuk kami mencari sumber air lagi.

Tren tersebut tiba di Moscow lebih kurang jam 6 pagi. Setelah sampai, tanpa berlengah lagi dan diri masing2 telah lengkap berwuduk, kami pun menggalas beg masing2 dan keluar daripada gerabak. Suasana di luar masih gelap dan suhu persekitaran juga boleh dikatakan sangat sejuk(-20 darjah celcius). Inilah kali kedua aku tiba di Moscow setelah mula2 'fly' tempoh hari. Walaupun masih pukul 6 pagi, stesen keretapi di Moscow itu sudahpun penuh dengan teksi2, peniaga2 dan penumpang2 lain yang masing2 sibuk dengan urusan masing2 pada waktu itu. Pemandu2 teksi sibuk mencari penumpang, peniaga2 sibuk menjaga gerai masing2 dan penumpang2 pula sibuk menunggu ketibaan tren.Matlamat kami pula pada ketika itu ialah mencari stesen metro(subway) untuk pergi ke stesen seterusnya iaitu stesen keretapi(terlupa namanya, minta maaf) untuk ke lapangan terbang 'Domodedovo'. Kami pun merayau2 dii sekitar kawasan itu dalam keadaan yang sejuk untuk mencari stesen metro tersebut. Setelah menjumpainya, kami pun membeli tiket dan bersedia untuk ke stesen seterusnya.

Suasana di dalam metro Moscow, seorang pak cik Russia
sedang membaca suratkhabar dengan memakai topi bulu
Russia

Stesen seterusnya itu boleh diumpakan seperti KL Sentral kalau di Malaysia kerana di situ disediakan perkhidmatan keretapi untuk ke lapangan terbang 'Domodedovo' (kalau di Malaysia ke KLIA). Kami sampai di situ lebih kurang 10-15 minit lagi nak pukul 7 pagi. Waktu solat semakin suntuk.....kami harus segera mencari ruang kosong di sana untuk menunaikan solat....


Stesen metro(subway) bawah tanah Moscow,sedang menaiki 'escalator'
tertinggi di Europe

Di stesen tersebut, dalam perjalanan kami hendak ke tempat duduk menunggu penumpang, kami pun ternampak ruang kosong yang rasa2nya itu sahaja ruang kosong yang ada di situ supaya kami boleh menunaikan solat subuh. Ruang kosong tersebut berada berdekatan dengan ruang peniaga dan tidak jauh dari tandas. Amat sesuai, tidak ramai sangat orang lalu-lalang di situ ketika itu, cuma risaukan 'pak guard' yang meronda saja lar, takut2 dia salah faham....arrgghhh peduli apa!!! Solat lagi penting...Allah ada buat ap risau....tawakal2...

Jadi kami pun dibahagikan kepada 2 kumpulan....solat bergilir2, satu kumpulan tunggu di tempat menunggu para penumpang dan satu kumpulan lagi pergi menunaikan solat. Hal ini bagi mengelakkan terlampau ramai orang ketika menunaikan solat secara berjamaah kerana dikhuatiri mengundang perhatian orang ramai terhadap jemaah tersebut dan seterusnya akan mengundang masalah besar. Mungkin ada yang tertanya2, kenapa tidak solat secara individu??? Boleh solat, tetapi pada waktu ini keadaan tidaklah susah sangat dan keadaan mengizinkan kami untuk solat secara berjemaah walaupun orang lain mungkin nampak perbuatan kami. Kalau keadaan tidak mengizinkan, mungkin kami akan solat secara individu ataupun solat duduk, tetapi kami memilih....selagi keadaan mengizinkan kami akan melakukan amal ibadat yang lebih besar pahalanya. Kesimpulannya selagi mana anda senang dan berkemampuan, pergilah menunaikan solat berjemaah di Masjid(khusus kepada pembaca laki2)....Firman ALlah s.w.t; maksudnya:-


"Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu."(An-Nisaa 102)


NB!!!!Ayat itu menerangkan cara mengerjakan solat berjemaah di dalam keadaan perang. Jikalau di dalam keadaan perang atau darurat pun masih dijuga disuruh berjemaah, bererti dalam keadaan aman lebih digalakkan lagi.

Setelah selessai solat, kami menggunakan masa yang ada untuk berehat....letih jugak semalam, sebab tak cukup tidur....

Tren untuk ke 'airport' telah tiba tidak lama kemudian, kami pun bergegas naik ke atas(tempat menunggunya di bawah tanah) untuk ke landasannya. Kali ini penumpangnya tidak ramai macam semalam, dan tren yang disediakan untuk ke 'airport' kelihatan sungguh cantik dan sangat luas di dalamnya....haha tetapi suhu di luar masih sama macam semalam. Kami pun menunggu untuk pintu gerabak itu dibuka dalam keadaan kesejukan.

Pintu dibuka lalu kami pun masuk, di dalamnya sungguh luas ditambah pula dengan suasana tidak ramai penumpang.....jadi tidak perlulah untuk kami segan2 bersembang dengan suara yang kuat ketika di dalam tren. Selepas kami pun menjamu selera di dalam tren tersebut. Kami pun makan pagi ramai, bekalan makanan disediakan oleh Amir dan Muizz dan juga Kak Imah....hehe kenyang dan free.....siap ada cheese lagi tu, Amir yang buat.....


Pemandangan 'airport' Domodedovo, Moscow dari jauh....

Apabila kami semua sampai di 'airport' Domodedovo, kami(pelajar2 1st year) agak tergamam melihat 'airport' tersebut kerana kecantikan, kemodenan dan keindahan struktur binaannya, amat berbeza sekali dengan 'airport' Sheremyetovo('airport waktu mula2 kami sampai dahulu)...


Suasana di luar 'airport' Domodedovo,berdekatan landasan keretapinya...

Alhamdulillah kami telah sampai ke desntinasi terakhir kami di Russia sebelum berlepas ke luar negara ini. Setelah berada di dalam airport, kami pun terus pergi ke kaunter S7(syarikat penerbangan yang kami tempah tiket).....'check' tiket, passport dan hantar luggage ke cargo. Dah settle, semua itu kami pun menunggu masa 'check-in flight'

Tetapi sebelum itu, kami semua diminta untuk menghantar seorang wakil dari 'group' kami untuk disoalsiasat disebabkan berkelakuan mencurigakan bagi pihak mereka. Mujur lah ada 2 orang senior dalam 'group' kami kerana lebih senang untuk berurusan dengan pihak mereka dalam bahasa Russia daripada 'English'(mereka lebih suka berurusan dengan mana2 individu yang boleh berbahasa Russia,itu prinsip mereka)


Habis sahaja disoalsiasat, kami pun menunggu waktu 'check-in flight'.....ketika hendak 'check-in', sesetengah daripada kami diajukan berbagai2 soalan oleh imigresen Russia. Imigresen Russia boleh dikatakan mempunyai dasar yang ketat dan tegas terhadap semua pendatang asing ke negaranya baik dia merupakan seorang pelajar mahupun pelancong....

Setelah selesai 'check-in', kami pun menunggu ketibaan waktu 'flight' kami di waiting bay....

Flight kami 'depart' dari Moscow pada jam 12.25 p.m,Isnin, Jan 25.....dan tiba di Frankfurt Am Main, Germany pada jam 13.35 p.m, Isnin, Jan 25.....menaiki pesawat S7 'economy class' hehe.....






Di dalam pesawat S7 ke Frankfurt......C U there in the next episode!!
Next 'STOP'......Frankfurt Am Main, Germany!!!!
to be continued............^^,insyallah....

Tuesday, July 20, 2010

Ep. 1: And the journey begins,the Road to Moskva (Moscow)!!!

Bismillahirrahmanirrahim.......

"Katakanlah (Muhammad),"Berjalanlah kamu di bumi, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa." (27:69)


  • NB!!!Perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.......itulah yang di'tekan'kan, itulah yang di'stress'kan dan itulah yang dititikberatkan oleh Allah S.W.T sewaktu kita berjalan tidak kira samada di tanah air sendiri mahupun di bumi asing kerana.... kesudahan bagi orang-orang yang berdosa itu akan menjadi.... samada kesudahan bagi diri kita(naudzubillah) ataupun akan menjadi pengajaran bagi diri kita....maka perhatikanlah!!!

8.30 pm, Ulitsa Medisinskaya, Nizhny Novgorod, Russia.....



Ukiran di dinding bangunan bahagian dalam Moskovski Vokzal



"Ingat!!! Kita akan bertolak dari hostel dalam lebih kurang pukul 9 malam untuk ke Moskovski Vokzal (Stesen keretapi di Nizhny), so get ready by that time," itula pesan azli kepada kami ketika menziarahinya tempoh hari di biliknya.


Pada waktu yang tertera di atas aku sedang berada di dalam bilik muizz (di hostel 3) untuk meninjau keadaan dia sedang mengemas dan bersiap2 untuk bertolak pada malam ini. Amir dan Apo pulan sedang berada di dalam bilik masing2, juga sedang sibuk 'packing' barang2. Aku???!!! kekeke....aku memang dah siap 'packing' waktu ini(x sbar2 rr katakan) sebab tu lar ak bercadang untuk singgah di hostel 3 terlebih dahulu kerana nanti senang bagi kami berempat (pelajar2 first year) untuk berkumpul di sana dan sama2 bergerak ke hostel 5 untuk berjumpa dengan Azli dan juga Hafiz.....


Selepas semua telah siap mengemas, kami berempat berkumpul di lobi hostel 3 untuk memastikan bahawa semua dokumen penting dan ticket flight samada telah dibawa ataupun tidak.

Passport check!!! Visa check!!! Immigration card check!!! Ticket ada!!!....yeahhh, we're ready to go!!! Selepas itu, kami pun berjalan kaki untuk ke hostel 5(suhu -20) untuk berjumpa dengan Azli dan juga Hafiz di sana. Sesudah sahaja smpai di hostel 5, kami disambut dengan 2 orang senior kami tersebut di lobi hostel. Mereka telahpun siap mengemas dan sedang menunggu ketibaan kami. Mak guard hostel tersebut gembira melihat kami, pemuda2 gagah berani, menempuh musim salju yang sejuk ini untuk pergi mengembara di negara2 asing(padahal negara yang kami nk pergi lagi 'suam' dari Russia), haha...ap2 pun tujuan kami bukanlah nak mencari ke'suam'an di negeri orang lain. Dan terima kasih juga diucapkan kepada mak guard tersebut kerana memberikan kami sepatah dua nasihat buat bekalan sepanjang perjalanan (golongan2 mak cik kat Russia memang ramah berbanding golongan2 warga russia yang lainSebelum kami memulakan perjalanan, Azli mengingatkan kami kembali tentang 'niat' yang akan kami semua pasang di hati kami sepanjang perjalanan. Dia mengingat kami supaya memasang niat yang benar dan betul iaitu kerana Allah S.W.tsepanjang jalan bukan sahaja di permulaan jalan sahaja kerana tujuan kita berjalan bukanlah untuk enjoy2, bukanlah untuk mencuci mata, bukanlah untuk membazir duit memuaskan nafsu materialistik.... bahkan bukanlah untuk merehatkan minda yang penat setelah berlangsungnya peperiksaan....tetapi...tujuan kita(termasuk lar yang membaca ini) adalah untuk menyahut seruan Allah azza wa jalla di dalam Quran, itulah tujuan kita!!!

Selepas itu, Azli pun memimpin bacaan doa dan kami pun bertolak ke 'bus stop' tidak jauh terletaknya dari hostel 5. Di sana kami menunggu bas no.43 untuk pergi ke Moskovskii Vokzal. Alhumdillah bas sampai dengan cepat, lalu kami pun terus menaiki bas tersebut. Di dalamnya tidak ramai penumpang mungkin kerana jam sudahpun menunjukkan pukul 9.30 pm. Oleh sebab itu, tidak lar kami segan2 untuk berdiri di dalam bas dengan diri masing2 menggalas travelling bas yang besar2 dan berat ni.




Gambarku ketika menaiki bas no. 43, suasana yang lengang...

Sampai sahaja di Vokzal, aku dan rakan2 'first year'ku yang lain berasa kagum melihat keindahan dan kecantikan Vokzal pada waktu malam (baru first time tiba kat sner). Train kami ke Moscow akan tiba jam 11 pm, jadi sementara menunggu tren tiba kami pun duduk di tempat menunggu penumpang sambil menonton TV( xphm pn rancangan lawak russia yang disiarkan di TV waktu tu).


Masa berlalu dengan pantas, tren kami ke Moscow telahpun tiba di Nizhny. Oleh itu, tanpa membuang masa, dengan adrenalin yang kami ada pada waktu itu, kami pun bergegas berlari anak ke landasan tersebut. Tren yang akan kami naiki sangat panjang dan akhirnya kami terpaksa berlari menuju ke hadapan kerana tempat duduk kami berada di coach hadapan. Memang suatu pengalaman yang tidak akan ku lupakan kerana pada waktu itu suhu di luar amatlah sejuk, ditambah pula dengan landasan keretapi tersebut tidak berbumbung oleh itu lantainya dipenuhi dengan salji dan kami pula terpaksa berlari di lantai bersalju itu dengan menggalas beg yang berat di belakang. (Pengalaman yang manis^^)


Sesudah itu, kami pun menaiki coach itu dan mengambil tempat duduk masing,tren itu memang direka khas untuk perjalanan yang jauh oleh itu, setiap seorang mendapat satu katil. Suasana di dalam tren agak sesak dan sempit kerana dipenuhi dengan penumpang2 dari pelbagai tempat, kebanyakan mereka sedang tidur kerana kepenatan perjalanan yang agak memakan masa untuk ke Moscow. Aku pula mendapat katil atas dan katil di bawahku ialah tempat Amir. Di hadapan kami ialah 'seat'(seat itu boleh ditukar menjadi katil apabila perlu) 4 orang Russia(1 orang sedang tidur dan 3 orang lagi sedang minum2 dan bersembang). Salah satu keistimewaan orang Russia ialah apabila mereka sedang mabuk, mereka akan menjadi lebih mesra. Jadi pada waktu malam tersebut, aku dan Amir pun bersembang dengan mereka, bertanyakan bagaimana pelajaran, kehidupan di sini dan sebagainya. Aku pun mula terfikir kalaulah tiap2 hari aku boleh berbahasa Russia seperti ini maka bolehlah aku menguasai bahasa mereka nanti....haha. Selepas itu, mereka mengajak kami berdua untuk minum bersama2 mereka, lalu kami menolak dengan senyuman dan memberikan alasan bahawa kami Muslim dan 'haram' bagi kami untuk minum arak lagipun ia akan menjejaskan kesihatan. Mereka membalas senyuman kami dan menghormati pendirian kami dalam beragama. Itulah yang senantiasa terjadi apabila kita cuba untuk menegakkan pendirian beragama kita....orang lain akan memberi 'respect' kepada kita. Oleh itu, usahlah takut dan malu tidak bertempat untuk menyatakan bahawa kita ialah orang Islam dan kami tidak segan dengan itu...


Sudah penat bersembang akhirnya kami pun tertido juga di atas katil2 yang empuk itu. Sebelum tidur, aku cuba untuk melihat bagaimanakah keadaan pemandangan di luar keretapi pada musim winter ini. Subhanallah, cantiknya!!! Hutan2 di luar semuanya berlantaikan salji dan diterangi pula dengan cahaya bulan, pemandangan itu sungguh mengasyikkan dan ketika melalui kawasan perkampungan, suasana lorong2 di tepi jalan yang berlantaikan salji sambil diterangi dengan lampu2 neon putih itu sudah cukup untuk menyatakan kepadaku bahawa suasana malam di luar sana sungguh tenang. Lalu, aku pun tertidur...kepenatan....


Berikut adalah gambar2 ketika kami dalam perjalanan untuk ke Moscow.....





Suasana di Moskovskii Vokzal, Nizhny Novgorod
Katil penumpang yang disediakan dalam tren menuju ke Moscow

Suasana di dalam gerabak tren


4 orang Russia yang sedang menikmati 'breakfast di hadapan
tempat duduk aku dan Amir


Aku dan Muizz, sedang berbincang tentang perjalanan seterusnya


Suasana pada waktu pagi 'winter' di Moscow.....

Next Episode: Moskva(Moscow)....^^

A few days earlier....

Bismillahirrahmanirrahim......

Beberapa hari sebelum 25 Januari 2010,

Ulitsa Medisinskaya(nama jalan)...


Nizhny Novgorod.....



Winter-break bakal menjelang....

(Exam dah berjaya ditempuhi masa nih)


"Shah jom pergi jumpa abg azli nak??? Mlm ni kat bilik dia," Muizz berkata padaku.

"Betol gak, kiter dah hbs exam, die pn dah habis exam, alang2 blh die brief kat kter psl jaulah nanti," aku menjawab.

Pada malam tersebut( xder lar malam sgt lbh kurang pkl 7 atau 8 tp oleh sbb winter ,mase tu dah gelap gelita), dengan bertemankan suhu di luar yang lebih kurang -20 darjah celcius, kami pun pergilah ke bilik abg azli di hostel 5 yang terletak tidak jauh dari hostel yang kami duduki ( muizz di hostel 3 dan aku pula hostel 1) dengan berpakaian tebal walaupun jarak di antara hostel2 itu hanyalah 200-300 meter sahaja.

"Assalamualaikum bang!!!" kami memberi salam,

"Waalaikumusalam, wah ni first time datang bilik nih, ad apa2 hal ker yang nak dibincangkan??? haa sebelum tuu, exam amcm???" azli menjawab

*Xpe lar persoalan exam x perlu ditulis di sini, yang penting ALHAMDULILLAH semua berjaya melepasinya dengan cemerlang

"Kami datang ni nak dgr briefing sket tentang jaulah first kami nih, nak tau tentang perjalanan ktorang dan persediaan2 lain yang kami kne buat," kami bertanya....lalu kami ternampak 'whiteboard' di biliknya yang telah ditulis dengan rangka2 perjalanan, jumlah perbelanjaan, dan dokumen2 penting yang perlu dibawa......memang tepat pada masanya!!!(bermonolog sendirian)

"Owh lar, mujur saya dah siapkan nih, haa tgk 'whiteboard' nih, saya terangkan kat awak semua,dengar betul2 ok," azli menjawab,

"Pertama sekali, kita akan bertolak dari Nizhny pada malam 25 Januari dengan menaiki bas ke Moskovski Vokzal( Stesen keretapi) untuk ke Moscow,

kemudian kita akan naik flight di Domodedovo Airport di Moscow untuk pergi ke Barcelona tetapi kita akan singgah untuk jangka masa yang lama di Frankfurt(Transit).

Dah smpai Barcelona, 'stay' kat sner 2 hari jalan2 , kemudian kita akan naik flight ke Granada.

Selepas Granada kita akan bertolak menaiki bas ke Cordoba.

Kemudian dah habis jln2 kat Andalusia(Spain), kita akan ke Madrid pulak untuk berlepas ke Paris, France. Di sana akan ada orang sambut kita untuk pergi ke Bescancon dengan menaiki tren. Dan kter akan ada program di Bescancon bersama pelajar2 Russia lain. Habis je program, kite akan kembali ke Paris, 'stay' kat sne, shopping souvenir dan lepas berlepas pulang ke Moscow, kemudiaannya naik flight balik Nizhny dan esoknyer kelas 'start'...kekeke" Azli menerangkan kepada kami tentang perjalanan yang akan kami hadapi,

"Duit dalam dompet xpyh bwk byk sgt, bawa lar US dollar kalau ada, sbb nnt senang nak tukar kat negara lain atau bawa euro lagi baik, dokumen2 penting jangan lupa, passport, visa, imigration card, dan ticket flight, semua tu penting jangan lupa tau," Azli menambah,

Wah, lepas jer dengar terus x sabar2 nak bertolak, ni yang buat lagi semangat ni, macam rasa nak terus mengemas jek malam tu....kekeke... x sabar nak tgk rupe negara orang lain( bahasa kampung). Selepas habis penerangan, kami meminta diri untuk pulang.....pulang dengan hati yang berdegup kencang, tidak sabar untuk pergi mengembara di bumi asing, pemikiran kami pula sentiasa melayang-layang memikirkan apakah cabaran yang bakal kami hadapi di luar sana, apakah masalah yang bakal kami hadapi.....namun semua itu kami yakin kami dapat tempuhi dengan keyakinan kami kepada firmas Allah ini :

"Dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara." (33:3)

Cukuplah Allah sebagai Pemelihara kami, dan cukuplah dia sebagai Pelindung kami, apa2 sahaja yang akan berlaku ke atas diri kami......kami tahu bahawa itulah yang terbaik bagi kami...

Allah, Engkau Maha Mengetahui.....Engkau tahu apa yang kami tidak tahu.... Segala urusan hidup dan mati kami, kami serahkan kepada yang Maha Mengetahui.... Everything must begin from You, Allah S.W.T

Sekian^^, 'post' seterusnya akan menceritakan tentang permulaan jaulah sulungku, episod 1:
And the journey begins...


Mengeremuni patung Maimonides(tokoh pemikir Yahudi pada
zaman Khilafah Islamiah di Andalusia,
beliau lahir di Cordoba), Cordoba, Andalusia